Jumaat, 22 November 2013

JBS PERLIS BIKE JAM 2013



PERATURAN RASMI
JBS PERLIS BIKE JAM 2013 secara rasmi di anjurkan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis dengan kerjasama Universiti Malaysia Perlis yang menyediakan tempat pertandingan .  Acara ini  akan  dijalankan oleh jawatankuasa  penaja yang terdiri  dari sekumpulan penunggang motorsikal  yang  berdedikasi untuk membawa format baru  aktiviti sukan permotoran di Utara Semenanjung Malaysia (kami bukan syarikat yang berorientasi keuntungan). Kami cuba sedaya upaya untuk memastikan “kebebasan” dan "semangat persaudaraan” di kalangan penungang motorsikal tidak kira apa jenis sekalipun samada penungang motorsikal kecil,skuter,mahupun motorsikal berkuasa tinggi.

Pihak kami merancang 2 aktiviti utama iaitu motorsikal lumba dan motorsikal cantik.

Motorsikal Lumba
Demi menjamin  kelas berstruktur dan adil kepada semua. Diperuntukkan peraturan seperti di bawah untuk acara lumba.

1. Syarat Pakaian .
Minima Penungang mestilah menggenakan, Topi kaledar tutup muka penuh (full face), sarung tangan ,Pelindung lutut dan siku.Kasut sekurang kurangnya jenis tutup buku lali (Hi-Cut). Baju lengan panjang dari jenis jeans, kulit mahupun jaket pilihan. Seluar panjang samaada jeans,kulit,kevlar,goretex atau dari jenis pilihan. 
2.Syarat Motorsikal
Bagi kategori motorsikal kapchai standard – motorsikal 115cc ke bawah tanpa sebarang modifikasi pada  enjin dan ekzos ( motorsikal dibenarkan untuk ditanggalkan aksesori untuk menjamin kerosakan minima andai terjatuh ). Kategori akan ditentukan oleh ketua marshall pada hari pertandingan.
Bagi Kategori motorsikal kapchai Open, Skuterprix open, Supermoto open ,Big Bike open, syarat modifikasi pada motorsikal adalah tidak terhad.
3.Syarat penungang - Umur mesti 18 tahun ke atas, bagi penungang bawah umur sila sertakan surat kebenaran ibu bapa/penjaga.
4. Syarat lain.
Walaupun perlumbaan adalah untuk menyingkirkan pesaing namun menggunakan taktik kotor dan jahat adalah tidak dibenarkan. Penungang yang memukul,menolak,menendang dengan sengaja pesaing akan dibatalkan penyertaan.

Motorsikal Cantik

3 kategori pertandingan yang terbuka kepada semua jenis motorsikal

1.Motorsikal cantik  klasik/retro open.

2.Motorsikal cantik  ubahsuai  ekstrim/kastem open.

3.Motorsikal cantik sticker,racing look,spray can,airbrush open.

 




Minta Tuan-tuan cetak borang ni dan sebarkan. Terima kasih





Khamis, 21 November 2013

TQ Mr.Polis R4159818







Liabiliti

Kenderaan 4 roda juga merupakan keperluan utama warga miskin desa macam saya, walau pak menteri Bung Mokhtar kata orang miskin desa tak mampu nak pakai...
Hari ini saya dibebani dengan kos pembaikan setelah anak sulung saya Muhammad Aqeel Hulaif menyondol dagunya ke cermin hadapan. Alhamdulilah tiada kecelakaan serius pada beliau. Untuk yg di sekitar Alor Setar, saya rekemen kedai ni Jalan Merpati. Harga demokrasi. Sampai teruih buat. Kedai orang cin,awalnya saya dah ke kedai orang malay dia suruh p kedai lain pula.






Isnin, 18 November 2013

Demi Rakyat Termiskin

Jumaat, 15 November 2013

HARI JADI 28 DISEMBER 2013


KATEGORI DIPERTANDINGKAN

LUMBA

*KAPCHAI STANDARD BAWAH 115CC
*KAPCHAI OPEN 116CC KE ATAS
*SCOOTER OPEN
*SUPERMOTO
*BIG BIKE

10 LAP ( 5 LAP + 5 LAP ) 1 LAP 1.2KM

MOTORSHOW

*MOTORSIKAL KLASIK KATEGORI OPEN
*MOTORSIKAL UBAHSUAI EKSTREM / KASTEM  KATEGORI OPEN
*MOTROSIKAL RACING LOOK / AIRBRUSH / SPRAY CAN / STICKER KATEGORI OPEN

YURAN PENYERTAAN UNTUK KATEGORI LUMBA RM 100.00 UNTUK LAIN-LAIN KATEGORI RM50.00 
(TSHIRT,STICKER,TAG,NO PLATE,MAKAN,LUCKY DRAW)

PENGUNJUNG RM10.00(STICKER,TAG,MAKAN,LUCKY DRAW)

INFO MADDUHA 0123060911 BG JONZ CIP 0174979960

Khamis, 14 November 2013

Ada sebab untuk mengayuh


Jumaat, 8 November 2013

Merancang Hari Esok

Sejak kebelakangan ini saya gemar membaca tulisan dari mereka yang saya kenal, kenal  samaada secara dekat ataupun jauh menambahkan lagi minat saya membaca tulisan-tulisan mereka. Pada pendapat saya dengan membaca tulisan mereka, saya akan dapat mengenali mereka dengan lebih lagi. Mengambil gaya tulisan mereka, saya ingin menyiapkan entri ini seasli  "original" mungkin.

Tulisan saya ialah apa yang terlintas di fikiran saya pada tika dan detik. Berbalik kepada saya sendiri. Sekarang saya berada di bilik bernombor 208, PP Ranong Hotel.
 Saya baru saja tiba di Ranong, Thailand lebih kurang 6 jam yang lalu selepas menempuh perjalanan sejauh 600KM selama hampir 8 jam. Perjalanan lancar dari sempadan Malaysia-Thailand sehingga ke sini. 
Ranong pada saya sama seperti bandar-bandar lain yang pernah saya lawati dalam Thailand, cuma apa yang menarik perhatian saya ke sini ialah untuk memasuki negara Myanmar pada esok hari.
 Sebagai seorang pekerja sosial saya sering bertemu kes warga Myanmar yang telah berhijrah ke Malaysia, dengan alasan kesusahan hidup dan mereka akan di bunuh jika kembali semula ke Myanmar(baca Burma). Kebanyakan kes yang saya temui menetap di Kuala Perlis,Pulau Langkawi dan terbaru menetap di rumah jiran saya, penama tersebut bekerja rencam membantu jiran saya seorang pengusaha ternakan lembu dan kambing.
 Titik biru pada gambar di bawah menunjukkan lokasi saya di peta. 



*ini betul ori. saya dalam mode bebas tanpa bebanan tugas hakiki kehidupan biasa saya. malahan misi saya ke sini adalah dengan sahabat saya dari ibu kota yang hanya bertemu untuk tika sebegini.

-lakonan  adalah suatu perbuatan peniruan kepada perbuatan yang disukai. contohnya "apabila saya melihat pekerti mulia pada seorang ustaz saya juga ingin menjadi ustaz". sekian.

ok done. saya pun tekan klik pada opsi tersebut.








oh yeah

Ditujukan khas buat rakan-rakan yang tersangkut di trafik jam.

Ranong Thailand

Alhamdulilah penulis selamat sampai ke Ranong, Thailand. Bertolak dari sempadan Bukit Kayu Hitam pada pukul 12tengahari dan sampai jam 8.00 malam. Perjalanan sejauh 600KM.
*menginap di Hotel PP Ranong. dengan kos lumayan 450baht.



Siap Sedia

Buku merah sedia, kenderaan sedia, duit tunai ada empat ratuih Ringgit Malaysia. Rancangannya adalah selepas habis kerja esok (rabu 6/11/2013) akan mula bergerak melintasi sempadan, sahabat saya Mohd Insan Nur Kamil mula dari ibukota Kuala Lumpur. Perjalanan saya cuma 610KM sehala tetapi beliau lebih 1000KM. Tungangan ni kami nama "3 Nation Ride". Malay-Thai-Myanmar@KL-RANONG-KAWTHOUNG.

ni motorsikal lain, kami janji untuk jumpa pada hari jumaat 8/11/2013 di Krabi. Depa ni geng klasik Kedah, Projek Honda Cub GBO saya pomen2 ni lah buat, Kedai Mutu Cikgu Amin Di Telaga Mas.


Cuak

Sabtu, 2 November 2013

BLEMOIH


RULER


Jumaat, 1 November 2013

TERIMA KASIH ALLAH

34tahun lalu beliau lahir dari perut ibu beliau.




Bicara

DR.MAZA: " Kalian rampas subsidi kami, entah ke mana dibawa lari
kalian beritahu, wang mesti dicatu, kita menuju maju... kalian kata: jika
tidak, semua menderita, habis harta negara... kalian berbahasa: bukan
barang naik harga, cuma subsidi turun sahaja...
kami orang desa, mungkin tidak pandai kira berjuta-juta... kami orang
kecil kota, mungkin tiada sedemikian harta... jika kalian tipu sebegitu,
biasanya kami diam selalu... tapi dapatkah kami dibohongi, tentang
suapan saban hari? apalah yang dapat diberitahu anak ke sekolah?
papa semakin parah? wang semakin lelah? jika semalam berlauk, hari
ini cuma berkuah... kerana kerajaan kita sedang susah? maka subsidi
kita terpaksa diserah...

Jika semalam kau makan sepinggan, hari ini saparuh kerana barang
makin angkuh, wang papa makin rapuh... apa yang dapat dibisik pada
anak berkopiah ke madrasah? makananmu sayang, sebahagiannya
sudah hilang... jika mereka bertanya siapa yang bawa lari kepada siapa
patut kami tuding jari? janganlah nanti mereka membenci pertiwi...
akibat pencuri harta bumi rakyat marhaen ini.. atau kami jadi insan
curang... kami beritahu; cuma subsidi sahaja yang kurang? tiada apa
yang hilang, nanti akan datang wang melayang...

Dengar sini wahai yang tidak memijak bumi! pernahkah kalian
mengintipi kehidupan kami... pernahkah kalian ngerti makna derita dan
susah hati... kami yang semput bagai melukut di kota kedekut kami
yang bekerja hingga senja di desa yang makin terseksa bertarung
nyawa dan masa, menghitung setiap belanja pernahkah kau merasa?
rumah bocor yang lanjut usia... baju dan kasut anak yang koyak tinggal
dalam rumah yang berasak-asak siang kami sebak, malam kami sesak...
sedangkan kalian manusia angkasa... istana permata dibina, kereta
berjuta dirasa... elaun di serata, dari isteri sehingga seluruh keluarga...
hidangan istimewa, konon meraya kemakmuran negara...

Tapi kami masih di sini..di teratak ini... dengan lauk semalam.. dengan
hidangan yang tidak bertalam... dengan rumah yang suram... dengan
wang yang hampir padam... tiada istana lawa...tiada kereta berharga...
tiada layanan diraja..tiada baju bergaya tiada kediaman
menteri...tiada hidangan vip... tiada persen di sana-sini...tiada
bahagian anak dan bini... tiba-tiba kalian kata: kamilah beban
negara... aduhai celaka bahasa yang kalian guna... kalian yang belasah,
kami yang bersalah... kalian buat untung, hutang kami tanggung...
kalian mewah melimpah, kami susah parah kalian hilangkan wang, poket
kami yang terbang... kalian bina istana, rumah kami jadi mangsa...
kalian makan isi, kami dijadikan abdi... lantas, kalian rampas lagi
subsidi... ke mana wang itu pergi nanti?

Jika kalian berhati suci, wajib mengganti buat kami... jika tidak pun
buat gula konon merbahaya mengapa tidak beras diturun harga? jika
tidak untuk minyak kereta...  tambang tidak potong sahaja...
tapi entah berapa kali janji... konon: nanti kami ganti, kami ganti, kami
ganti... hari demi hari, ceritanya pun tidak berbunyi lagi... kami terus
termanggu di sini... kalian juga yang nikmati... kami hanya menggigit
jari... kembalikanlah kepada kami harta negara... jangan hanya kalian
sahaja yang merasa... "
- Dr MAZA


Asia Road Racing 2024

Jentera 1000cc kini mengganas di Asia Road Racing Championship. Ketika sesi latihan pada hari Jumaat, Ducati mendahului carta kelajuan maksi...