Ahad, 29 September 2013

Ta alit ya mum


Khamis, 26 September 2013

Untunglah

Saya berminat utk memiliki lesen senjata api dan memohon kerja tetap sebagai pengawal peribadi perdana menteri.

Pembunuh Senyap

SERANGAN JANTUNG & AIR PANAS:
Sudah beberapa saudara kita dan kenalan dah mati sebab saluran ke Jantung semakin berlemak dan mengecil.

Sabuah artikel yang sangat baik dan hanya mengambil masa dua minit untuk anda membaca. 

Serangan Jantung dan Minum Air Panas.

Tidak hanya sekadar air panas selepas makan, tetapi berkenaan Serangan Jantung. Minuman teh panas Cina atau Jepun selepas makanan dan bukannya minum air sejuk, mungkin inilah masanya kita perlu mengubah tabiat minum semasa atau selepas makan.

Bagi mereka yang suka minum air batu, fakta ini sangat bermakna kepada anda. Minum air batu selepas makan memang menyegarkan. Walaubagaimanapun, air batu akan membekukan makanan berminyak yang baru kita makan. Ia akan memperlahankan penghadaman kita. Akibatnya akan berlaku 'enapcemar' bertindak balas dengan asid, ia akan memecah dan diserap oleh enzim intestine lebih cepat berbanding makanan pejal. Ia akan memperlahankan penghadaman kita. Dalam masa yang singkat, ianya akan bertukar menjadi lemak dan mendorong kepada berlakunya kanser. Langkah yang terbaik adalah minum sup panas atau air suam selepas makan.

Gejala Biasa Daripada Serangan Jantung ...

Nota penting tentang serangan jantung – Awas! Anda perlu tahu bahawa tidak semua simptom serangan jantung akan mula terasa pada tangan sebelah kiri. Berhati-hati dengan kesakitan yang teramat sangat pada bahagian atas dada.

Anda mungkin tidak mempunyai sakit dada semasa serangan jantung. Loya dan berpeluh adalah tanda-tanda biasa. 60% daripada orang-orang yang mempunyai serangan jantung ketika mereka sedang tidur tidak bangun. Kesakitan pada rahang boleh bangunkan anda dari tidur yang lena. Marilah kita   dan sentiasa berwaspada. Lebih banyak kita tahu, lebih cerah peluang kita untuk terus hidup .....



#Selamat Hari Malaysia 16 Sept 2013

GUMBIRA

Dengan semua yang saya dah dapat.




Rabu, 25 September 2013

PERSONALITY PROFILE

Adventurous-Peacefull-Strong willed-Considerate-Resourceful-Spirited-Positive-Spontaneous-Optimistic-Faithful-Diplomatic-Confident-Inspiring-Deep-Mover-Tolerant-Lively-Contented-Pleasant-Balanced-Bashful-Undisciplined-Reticent-Forgetful-Insecure-Unpredictable-Hesitant-Proud-Argumentative-Nonchalant-Withdrawn-Tactless-Disorganized-Inconsistent-Messy-Stubborn-Lazy-Sluggish-Restless-Crafty.


honda cub c70














Hormat


Semalam pakcik p pasar malam Kepala Batas macam biasa sebelum ni tak perasan ada sorang peniaga ni cuma dengan sebuah motosikal honda cub c70 bawa barang niaga mainan tak sangga. Dan pakcik pun jatuh cinta dengan honda cub c70 untuk projek touring pakcik pada masa akan datang.





Jumaat, 13 September 2013

keperluan vs kehendak




PADA 5 JULAI 2013, Bank Negara menguatkuasakan peraturan baru menghadkan:
(i) pinjaman peribadi setakat 10 tahun maksimum (dahulu 25 tahun);
(ii)pinjaman hartanah dan rumah 35 tahun (dahulu 45 tahun), dan (iii) tidak membenarkan lagi pinjaman pra kelayakan.

Alasan yang diberikan Bank Negara adalah untuk menangani kenaikan hutang isirumah yang meningkat dari RM465.2 bilion pada tahun 2008 kepada RM754.6 bilion pada pertengahan tahun 2013. Dengan harga rumah mahal, harga kereta mahal dan kos hidup yang mahal, rakyat Malaysia adalah ‘juara’ dalam membuat hutang, iaitu hutang isirumah kita adalah 140% berbanding dengan pendapatan, Singapura 105%, Amerika 123%, Korea 101%, Thailand 53% dan Indonesia 38%.

Akibat hutang yang banyak ini, kadar individu yang diisytiharkan bankrap pada tahun 2012 ialah 19,575 ataupun 53 orang sehari dalam setahun, di mana 50% adalah dari golongan berumur 25-44 tahun. Jumlah individu yang bankrap dari tahun 2007 sehingga 2013 adalah 245,000 orang yang mana faktor utamanya adalah disebabkan oleh kegagalan untuk membayar pinjaman (hutang).

Persoalannya, kenapa hutang rakyat kita tinggi? Menurut data Bank Negara, 64% pinjaman yang dibuat oleh isirumah adalah dari pinjaman perumahan dan kereta sahaja. Pinjaman peribadi jatuh ke tempat ketiga paling banyak.

Pertanyaannya, mengapa harga rumah mahal sehingga boleh membuatkan kita terhutang sampai ke tua? Bila rakyat bertanya hal ini, jawapan pemaju mudah sahaja, iaitu kerana barang kos pembinaan seperti simen, pasir, batu-bata dan seribu satu macam perkara lain lagi naik harga. Bagi ahli ekonomi, mereka menjawab kerana permintaan melebihi penawaran.

Saya pun hairan kenapa kerajaan tidak boleh mengawal harga rumah ini? Apakah payahnya sangat untuk kerajaan menetapkan harga rumah mampu milik kepada rakyat, iaitu rumah yang boleh dibeli oleh golongan berpendapatan sederhana yang harganya dalam lingkungan RM100-RM200 ribu sahaja.

Ini kerana saya lihat harga rumah yang ditetapkan oleh pemaju sekarang sudah di luar dari istilah rumah mampu bilik. Bayangkan bagaimana seorang yang baru bekerja boleh memiliki rumah jika harga rumah dua tingkat di Bandar Baru Bangi dengan keluasan 20”X70” pun sudah mencecah RM500 ribu. Bayangkan harga rumah kondominium di Bangsar yang seluas 2,000 kaki (185 meter) persegi dijual pada harga RM2.4 juta seunit dan harga sebuah rumah semi-D di Sri Hartamas berharga RM1.5 juta. Siapakah yang mampu membelinya?

Bayangkan pula kalau ada hutang kereta, anak kecil 3 orang, kena beli lampin anak, bayar orang gaji, kad kredit, pakaian, persekolahan, minyak kereta dll, maka apa lagi yang tinggal? Bagaimana mungkin mampu untuk membeli rumah semahal ini jika pendapatan suami isteri hanya RM5 ribu sebulan sahaja dengan bayaran yang ditetapkan dalam masa 35 tahun. Jika suami isteri berpandapatan RM5 ribu pun tidak mampu, bagaimana bagi mereka yang berpendapatan lebih rendah dari itu?

Saya cukup risau dengan harga rumah yang tidak terkawal dan over priced ini. Sekarang ini pun dengan gaji RM6 ribu sebulan, belum tentu dapat membeli rumah yang berharga RM400 ribu. Andaikan si pembeli meminjam RM400 ribu sahaja daripada bank dengan purata kadar faedah enam peratus setahun, peminjam perlu membayar ansuran bulanan sebanyak kira-kira RM2,400 selama 30 tahun. Ini bermakna peminjam yang membeli rumah teres pada usia 30 tahun hanya akan habis membayar hutang pada usia 60 tahun. Persoalannya, berapa ramaikah rakyat kita memiliki pendapatan RM6 ribu sebulan sekarang?

Apabila melihat kepada masalah harga rumah yang semakin ‘tidak masuk akal’ sekarang ini, saya terpanggil untuk membincangkan masalah ini. Saya sedih melihat nasib rakyat yang terhimpit dengan masalah ini kerana biarpun sudah berumur 45 tahun dan berkelulusan universiti, sehingga sekarang pun masih ‘menyewa’ lagi. Itu belum lagi mengambil kira mereka yang bekerja di bawah dari tahap gaji pegawai yang berkelulusan universiti.

Atas masalah harga rumah yang tinggi ini, saya mencadangkan kepada pihak kerajaan supaya mengambil tindakan berikut:

i. Turunkan kadar faedah daripada 4% kepada 2% sahaja untuk pinjaman kerajaan dan dari 6% kepada 3% sahaja untuk pinjaman bank bagi rumah pertama. Ambil perhatian kerajaan Kelantan tidak mengenakan faedah kepada kakitangan awamnya dan Public Bank hanya mengenakan kadar faedah sebanyak 1% sahaja kepada kakitangannya.

ii. Naikkan elaun perumahan untuk kumpulan sokongan dari RM180 sebulan kepada jumlah yang lebih wajar. Di Kuala Lumpur, sewa sebilik pun sudah RM250-500 sebulan. Bagi pekerja swasta pula, kerajaan perlu mewajibkan syarikat membayar elaun perumahan kepada pekerjanya campur dengan gaji minimum yang baru diwajibkan.

iii. Kerajaan sendiri membina lebih banyak rumah sesuai dengan permintaan dengan tidak lagi menyerahkannya kepada pemaju swasta. Sekiranya syarikat swasta mahu juga membinanya, kerajaan perlu meminda akta supaya segala pembangunan perumahan yang dilakukan oleh syarikat swasta hendaklah mengikut syarat-syarat ketat harga yang ditetapkan kerajaan supaya harga menjadi terkawal dan tidak lagi melampau.

iv. Menteri Perumahan yang baru sepatutnya merangka mekanisme untuk menurunkan harga rumah sama ada dengan mengurangkan kos pembinaan dan lain-lain tindakan yang wajar.

v. Jika harga rumah mahal disebabkan oleh harga tanah, maka kerajaan hendaklah menetapkan harga siling bagi setiap kaki persegi tanah kerana tanah adalah milik kerajaan yang boleh dikawal.

vi. Jika harga tanah di bandar mahal untuk membangunkan perumahan, maka binalah apartment ‘layak duduk’ yang sesuai untuk golongan berpendapatan rendah. Mereka tetap perlu disediakan rumah kerana itu adalah keperluan asas manusia yang perlu disediakan oleh kerajaan untuk rakyatnya. Jangan pula cari alasan ‘kalau ayam mahal jangan makan ayam’, atau ‘kalau rumah di bandar, mahal sewa atau belilah rumah di kampung’.

Saya yakin jika kerajaan boleh membuat pelbagai program seperti Hari Sukan, Hari Wanita dan Hari Belia dengan kos yang berjuta, tentunya tidak sukar bagi kerajaan untuk mengambil langkah lebih adil bagi menyediakan perumahan kepada rakyat ini.

Mengingatkan tentang hutang rakyat kita yang terlalu tinggi dan ramai lagi dari kalangan mereka yang masih belum mempunyai rumah sendiri, hati saya mengeluh. Semoganya tidak lagi selepas ini...

- Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff
Penganalisis Politik, Pensyarah UKM






Khamis, 12 September 2013

sisipan harian metro 8/9/2013



Sabtu, 7 September 2013

Honda Cub GBO Approved Ride Koh Samui Oh Yeah

Grandpa rock ride 2013
7 rider sambut syawal ke 9 di siam lagi weih. 
kos Minyak 
Hatyai 7
Phatthalung 13
Ron phibun 14
Nakhon sitammarat 14
Don Sak 14
Tiket ferry motor 15 orang 5.


Dari hatyai ikut highway 41/AH2 sampai exit ke nakhon sitammarat/ron phibun
Pastu ada simpang bypass p tha la ikut jalan tu sampai lah jumpa simpang koh samui/koh pangan. Nak senang empa pakai GPS,dak pun empa beli peta siam di 7-11,empa baca ikut arah matahari, malam ikut cahaya bulan. oh yeah!.

Ride ni sungguh rare dengan sorang rider bawa Honda Cub GBO, jadi Empa pun buleh buat aikh,tolong jangan perkecilkan diri empa, dah kata dari dulu lg, kita rider bukan sbb mutu jenih apa meka pun, yang penting hari kau keras Zack...hahhaahaha. Untuk makluman empa semua Kala entri ni ditulis aku masih ataih ferry lagi tak sampai samui. Ferry besaq mcm
Ferry penang tapi
Jauh macam nak
P langkawi. Ni dah 1 1/2 jam tak sampai2 lagi.  Apa pun kita rock n ride noh. nnt aku cita tem duk Samui dgn blk pulak. -MadDuha Endurance Cub Rider/Katong MC/PEKETUM.

















Jumaat, 6 September 2013

ANDA BAGAIMANA?



Umat Islam sekian lama menderita kerana


 kegagalan pengurusan negara mereka. 

Masa untuk berubah dengan menyingkirkan 

setiap golongan yang korupsi dan penyokong

 pemikiran feudal dari masyarakat muslim.








Ride Kona Lepiaq Berketam Rebuih

Plan nak p makan ketam rebuih di Tanjung Pauh (siam tulih Tanyong Po) duk plan banyak kali sejak dari sebelum posa lagi tapi takdak kesempatan sebab byk duk ride kut belah timuq Songkhla dan kalut p blk keja. Kebetulan hari ni ahad selepas test trek go kart UniMap Perlis ada lapang sikit pakcik dan 3 orang kawan lajak la jugak p ala2 endurance race, lgpula 2 orang kawan pakcik hat tak berapa sedaq diri walau anak masuk sekolah menengah dah  tu, depa baru tukaq blok  besaq ceramic coated piston saiz penumbuk dengan carburator Uma dan enjoih deraih pom-pom kira maw tunjuk kat siam lah hahahaahaha. Ok abih dari Trek Unimap kami hala p sempadan Malaysia-Thailand Wang Kelian-Wang Prachan. Pakcik cita p lah kat empa semua bagi empa faham mana lah taw empa nak repeat route ni. Ok selesai urusan kastam kami pun masuk lah ride dalam siam sambil pulaih minyak pueh2, ok kejadian ni sebelum minyak naik 2 kupang taw. Nak p senang ja empa ikut ja jalan nak p pekan Satun lepas tu lebih kurang 42KM empa akan jumpa Pekan Satun maw dari border Malaysia ni, pastu empa amik simpang kanan p Chebilang (signboard siam tulih CheBeloung) maw tak jumpa signboard tu, empa jumpa ja orang siam kut2 tepi jalan empa tanya lah "ni kun pai Chebelang mana ni?" maw laki maw pempuan "kun" tukaq "nong" pakcik pun bukan taw sangat main tibai saja ikut sedap mulut janji sebut nama tempat betui sudah lah. Penah dulu tanya orang masa mula2 p sekali dia balas "saya pun buleh cakap melayu bang" haahhaahah MP. Ok sambung balik dari jalan tu empa teruih ja nnt ada signboard tulih CheBelong lagi lebih kurang 10KM empa akan jumpa signboard p kiri tulih Tanyong Po, empa ikut ja jalan tu sampai lah abih jalan. Sampai lah tempat makan sempoi ketam rebuih manih isi tak lekat di kulit heran jugak lagu mana depa masak, ketam pun sampai jari kaki hat haluih tu pun ada isi, iskh empa kena mai lah sakni empa duk kata pakcik muhung pulak. sekian. MadDuha Endurance Cub Rider/ Katong MC/ PEKETUM. iskh byk la pulak. Apa2 empa buleh surf blog pakcik www.malayregime.blogspot.com. ** sebenaqnya pakcik frust nama tak masuk dalam senarai 49 geng gagak hitam yg Kementerian Dalam
Negeri keluaq tu maw idak pasti cool buleh la pakcik joy sticker dan baju tshirt buleh menabung habuan ride pi Phnom Penh bulan 2 nak mai ni. hahahahaahahahahah.















beberapa keping ni gambaq duk try trek go kart UniMAP Perlis (sebarang pertanyaan Perlis Motorsport Club contact Mr. Jonz 0174979960). Aritu depa promosi free 4 jam free,ihsan gambaq salin tampal dari FB brader Sham Pak Don, empa maw nak mai try buleh test sampai lebam sehari RM40.00, trek sedap kona gigit tak perlu risau jatuh nak
kena belah dengan kereta.
ni route dari Kangar Pi Tanyong Po, nak mudah empa pakai ja GPS.
gambaq ride p takdak sebab duk ligan Pak Don dgn Pak Aji yg laju tak sangga tu. hahaahaha
pantai budak2 mandi hat duk nampak jauh adap belah kiri nun Pulau Langkawi, dapat line UMobile 3g.

kawan2 pakcik.
ni ketam hat mola2.
ni dah abih tambah lg sekilo pastu,sbb mai jauh. hahaha
ni kat ujung jalan nama tempat ni Pasir Panjang.

duk kira nak balik dah. gambaq takdak dh. bateri abih. sekian.























Asia Road Racing 2024

Jentera 1000cc kini mengganas di Asia Road Racing Championship. Ketika sesi latihan pada hari Jumaat, Ducati mendahului carta kelajuan maksi...