Merancang Hari Esok

Sejak kebelakangan ini saya gemar membaca tulisan dari mereka yang saya kenal, kenal  samaada secara dekat ataupun jauh menambahkan lagi minat saya membaca tulisan-tulisan mereka. Pada pendapat saya dengan membaca tulisan mereka, saya akan dapat mengenali mereka dengan lebih lagi. Mengambil gaya tulisan mereka, saya ingin menyiapkan entri ini seasli  "original" mungkin.

Tulisan saya ialah apa yang terlintas di fikiran saya pada tika dan detik. Berbalik kepada saya sendiri. Sekarang saya berada di bilik bernombor 208, PP Ranong Hotel.
 Saya baru saja tiba di Ranong, Thailand lebih kurang 6 jam yang lalu selepas menempuh perjalanan sejauh 600KM selama hampir 8 jam. Perjalanan lancar dari sempadan Malaysia-Thailand sehingga ke sini. 
Ranong pada saya sama seperti bandar-bandar lain yang pernah saya lawati dalam Thailand, cuma apa yang menarik perhatian saya ke sini ialah untuk memasuki negara Myanmar pada esok hari.
 Sebagai seorang pekerja sosial saya sering bertemu kes warga Myanmar yang telah berhijrah ke Malaysia, dengan alasan kesusahan hidup dan mereka akan di bunuh jika kembali semula ke Myanmar(baca Burma). Kebanyakan kes yang saya temui menetap di Kuala Perlis,Pulau Langkawi dan terbaru menetap di rumah jiran saya, penama tersebut bekerja rencam membantu jiran saya seorang pengusaha ternakan lembu dan kambing.
 Titik biru pada gambar di bawah menunjukkan lokasi saya di peta. 



*ini betul ori. saya dalam mode bebas tanpa bebanan tugas hakiki kehidupan biasa saya. malahan misi saya ke sini adalah dengan sahabat saya dari ibu kota yang hanya bertemu untuk tika sebegini.

-lakonan  adalah suatu perbuatan peniruan kepada perbuatan yang disukai. contohnya "apabila saya melihat pekerti mulia pada seorang ustaz saya juga ingin menjadi ustaz". sekian.

ok done. saya pun tekan klik pada opsi tersebut.








Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

PALA TAW RIDE 2016 MALAY-SIAM-LAOS-CAMBODIA

CUKUP SATU KALI RIDE KE SATU - SATU TEMPAT.

Perlis Bike Jam 2014