Jumaat, 22 November 2013

JBS PERLIS BIKE JAM 2013



PERATURAN RASMI
JBS PERLIS BIKE JAM 2013 secara rasmi di anjurkan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis dengan kerjasama Universiti Malaysia Perlis yang menyediakan tempat pertandingan .  Acara ini  akan  dijalankan oleh jawatankuasa  penaja yang terdiri  dari sekumpulan penunggang motorsikal  yang  berdedikasi untuk membawa format baru  aktiviti sukan permotoran di Utara Semenanjung Malaysia (kami bukan syarikat yang berorientasi keuntungan). Kami cuba sedaya upaya untuk memastikan “kebebasan” dan "semangat persaudaraan” di kalangan penungang motorsikal tidak kira apa jenis sekalipun samada penungang motorsikal kecil,skuter,mahupun motorsikal berkuasa tinggi.

Pihak kami merancang 2 aktiviti utama iaitu motorsikal lumba dan motorsikal cantik.

Motorsikal Lumba
Demi menjamin  kelas berstruktur dan adil kepada semua. Diperuntukkan peraturan seperti di bawah untuk acara lumba.

1. Syarat Pakaian .
Minima Penungang mestilah menggenakan, Topi kaledar tutup muka penuh (full face), sarung tangan ,Pelindung lutut dan siku.Kasut sekurang kurangnya jenis tutup buku lali (Hi-Cut). Baju lengan panjang dari jenis jeans, kulit mahupun jaket pilihan. Seluar panjang samaada jeans,kulit,kevlar,goretex atau dari jenis pilihan. 
2.Syarat Motorsikal
Bagi kategori motorsikal kapchai standard – motorsikal 115cc ke bawah tanpa sebarang modifikasi pada  enjin dan ekzos ( motorsikal dibenarkan untuk ditanggalkan aksesori untuk menjamin kerosakan minima andai terjatuh ). Kategori akan ditentukan oleh ketua marshall pada hari pertandingan.
Bagi Kategori motorsikal kapchai Open, Skuterprix open, Supermoto open ,Big Bike open, syarat modifikasi pada motorsikal adalah tidak terhad.
3.Syarat penungang - Umur mesti 18 tahun ke atas, bagi penungang bawah umur sila sertakan surat kebenaran ibu bapa/penjaga.
4. Syarat lain.
Walaupun perlumbaan adalah untuk menyingkirkan pesaing namun menggunakan taktik kotor dan jahat adalah tidak dibenarkan. Penungang yang memukul,menolak,menendang dengan sengaja pesaing akan dibatalkan penyertaan.

Motorsikal Cantik

3 kategori pertandingan yang terbuka kepada semua jenis motorsikal

1.Motorsikal cantik  klasik/retro open.

2.Motorsikal cantik  ubahsuai  ekstrim/kastem open.

3.Motorsikal cantik sticker,racing look,spray can,airbrush open.

 




Minta Tuan-tuan cetak borang ni dan sebarkan. Terima kasih





Tiada ulasan:

Awak Terlalu Baik Untuk Saya

Dalam gambar ini, okay kita kenal Ricardo Kaka, pemenang Balon d’Or sebelum era dominasi Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo. Perempuan sebel...