Khamis, 5 September 2013

ISLAM SURUH KITA BERJIMAT

Berjimat Suruhan Islam, Bukan Kerana Defisit Tinggi

Saya membaca saranan bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad di muka hadapan Sinar Harian hari ini yang menggesa kerajaan agar berjimat cermat dan jangan boros apabila berbelanja. Katanya, negara kita kini mengalami defisit dalam perbelanjaan, jadi tidak ada cara lain untuk mengawal keadaan kecuali berjimat cermat.

Barangkali Tun Dr Mahathir baru sedar bahawa selama ini kerajaan Malaysia sudah banyak membazir di dalam perbelanjaannya. Apabila minyak terpaksa dinaikkan 20 sen hanya untuk mendapatkan pulangan sebanyak RM3.3 billion yang lebih daripada itu dihabiskan untuk tujuan lain, barulah Tun bersuara. 

Suka untuk saya menyebut bahawa berjimat cermat ini ialah perintah Islam. Ia bukan kerana defisit tinggi atau harga minyak naik, tetapi kerana ia memang merupakan suruhan Islam. Di waktu mewah pun Islam memerintahkan agar kita berjimat apatah lagi di waktu susah. Inilah didikan Rasulullah SAW kepada para sahabat. Bacalah teguran Rasulullah SAW kepada seorang sahabat yang bernama Saad Radhiallahuanhu ketika beliau sedang berwudhuk, setelah dilihat ada unsur pembaziran di dalam wudhuk Saad Radhiallahuanhu, Rasulullah SAW bersabada :
مَا هَذَا السَّرَفُ فَقَالَ أَفِي الْوُضُوءِ إِسْرَافٌ قَالَ نَعَمْ وَإِنْ كُنْتَ عَلَى نَهَرٍ جَارٍ
yang bermaksud : Apakah pembaziran in? Lalu Saad berkata : Adakah di dalam wuhduk pun ada pembaziran? Rasulullah SAW bersabda : Ya, sekalipun kamu berada di dalam sungai yang mengalir - Hadis riwayat Ibnu Majah dan Ahmad. 

Jika di dalam sungai yang mengalir pun, mengambil wudhuk dengan air yang berlebihan dianggap membazir, apatah lagi jika di dalam keadaan air yang tidak mencukupi. Demikianlah perbelanjaan negara, projek-projek besar yang terbengkalai, pelaburan di luar negeri yang menggunakan duit rakyat yang merugikan bernilai ratusan juta ringgit akhirnya dipaksakan ke atas bahu rakyat untuk menanggungnya jelas sekali merupakan satu pilihan yang zalim dan tidak kena pada tempatnya. 

Saya sokong saranan Tun Dr Mahathir agar kerajaan berjimat. Ia bagus namun agak lewat. Tetapi lewat itu lebih baik dari langsung tiada. Barangkali Tun Dr Mahathir berpegang kepada prinsip better late then never. Tahniahlah, namun sesekali apabila memberikan saranan yang sesuai dengan Islam, saya kira apa salahnya berikan kredit kepada Islam. 

Ertinya, berjimat cermat bukan hanya kerana defisit naik, bukan kerana 

perbelanjaan meningkat tetapi berjimat cermat kerana itulah suruhan agama. 

Saya tidak rasa lidah kita terlalu kekok sehingga menghalang untuk menyebut 

Islam. 
Itulah Islam, agama yang syumul dan menyeluruh. Islam bukan hanya agama kopiah dan serban sahaja. Inilah yang wajib diketahui oleh pemimpin parti politik sekular yang hari ini dilihat banyak memakai kopiah dan menghiasi dada-dada akhbar dengan gambar berkopiah mereka. 

Sekian.

DIPETIK DARI UCAPAN TOK GURU BENTARA SETIA





Tiada ulasan:

Awak Terlalu Baik Untuk Saya

Dalam gambar ini, okay kita kenal Ricardo Kaka, pemenang Balon d’Or sebelum era dominasi Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo. Perempuan sebel...