PERLIS BIKE WEEK #2 2013

16 jun 2013. Terima Kasih pada semua. Hanya Allah yang mampu balas.Organizer KATONG MC dapat konfirm event ni pada 11 Jun 2013, Terima Kasih pada Jabatan Belia & Sukan Negeri Perlis yang percaya kata kami boleh buat. Walau 5 hari tapi ku gagahkan juga Jebat. Event Motor Cantik macam biasa ketegori hat empa duk tengok perati sedia-sedia orang lain pun duk buat dah.Tapi Riding Skill Time Attack 350Meter X 2 lap memang tak penah buat kut belah sini. COE penah buat di Paroi, Negeri 9 tahun 2012. Co.organizer untuk event ni Perlis Motor Sport Club (Bang Jonz a.k.a Cip Endurance Cub Rider yang pi Golden Triangle, hat tu cerita ngan gambaq duk peram lagi tak keluaq,tunggu kut Jinx ka Ghani minta buleh la demand harga hahahhahahhaha.) Terima kasih bagi pinjam peralatan -tayar,hailer,warning tape,masking tape abih sorry Bang Jonz tak bg balik ,dan Perlis Bikers bagi pinjam handy walkie talkie (buleh lah buat bergaya, walau lagi banyak guna teknik jerkah. hahahaha). Design track sepenuhnya oleh KATONG MC, di reka tanda,angkut tayar,kon,khemah ataih bumbung keta Nissan AD RESORT gua (sib baik keta Jepun kan) pada pukul 1 pagi hari event, sebabnya malam tu ada konsert dan pelancaran SUKMA PERLIS 2014 apa bagai dan parking penuh orang guna, tu pun terpaksa angkat sebiji keta duk tengah-tengah track,nasib baik lah VIVA MALAYSIA maw 4X4 taktaw lah geyna. Grup paling awai sampai dari Azhar Motorsport Penang dan pada hemah gua depa ni yang paling Pro. Alhamdulilah walau penyertaan untuk event ni cuma 19 rider tapi mencapai matlamat (sebab apa sukan ni kan PRESTIJ bukan cari UNTUNG kan, nak UNTUNG KENA MENEGA AYAQ LIUQ lah) Up lagi satu kali lain kali kira lain. 2 kategori untuk RIDING SKILL SuperKapchai serta motor seangkatan 150cc ke bawah dan Big Bike. Pemenang 150cc ke bawah Johan dari Azhar Motorsport (KLX 150) Naib Johan dari Katong MC (E pangkah 5 standard gaban) ke tiga dari Azhar Motorsport (KLX 150).Kategori Big Bike Johan dari Supermoto Perlis (KTM DUKE 200), Naib Johan dan ke tiga dari Azhar Motorsport. Dan semua peserta lain juga pemenang sebab empa berani dari hat duk sembang pandai kut kampung dan taman permainan saja OH YEAH!!!! . SELESAI pukui 6 petang Alhamdulilah. La Organizer duk buat sibuk pulak ni. Walau ada janji dengan Jinn nak p Mesjid Kerisik, Pattani naik mutu,Janji dengan KATONG MC nak pi Samui ,janji dengan bini ride FZ dia gua ride LC pi touch Singapore, dan janji dengan anak nak pi antaq PASTI. Tapi KATONG MC dah atuq Event nak mai pulak Insyaalah SUPERKAP BIKE JAM 17 OGOS 2013 tempat sama track design lain dan duit taktaw duk tang mana lagi. info www.perlisbikejam.blogspot.com / SEKIAN KITA RIDE-RIDE JUGAK SEMBAHYANG JANGAN TINGGAI. (artikel ini di tulis khusus untuk Majalah Kapchai Malaysia sekadar hiburan semata-mata, nak buat serius muka ketat minta penyepak Tok Wan Ani Noniang p duk tang lain).
— at Stadium Utama Kangar
 
 
 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

PALA TAW RIDE 2016 MALAY-SIAM-LAOS-CAMBODIA

CUKUP SATU KALI RIDE KE SATU - SATU TEMPAT.

Perlis Bike Jam 2014