Selasa, 21 Mei 2013

Beda

Ilusi bermakna angan-angan. Malah tidak ada perkatan yang cukup untuk menerangkan makna perkataan ilusi ini. Angan-angan Mat Jenin pun memiliki asas kerana ketika Mat Jenin berangan-angan dia sebenarnya sedang membuat sesuatu yang positif – memanjat pokok kelapa – untuk membuat modal berniaga. Ilusi tidak memiliki asas. Justeru, lebih tepat kalau saya katakan ilusi ini angan-angan karut lagi marut.
Harapan juga boleh bertukar menjadi ilusi jika harapan tidak dibantu dengan usaha dan kerja. Mengharapkan sesuatu tetapi tidak melakukan apa-apa ialah ilusi. Ini samalah saperti kesah Pak Lebai yang heboh berlabon hendak ke Mekah tapi bukan sahaja paspot belum dilamar, malah gambar kad pengenalan pun belum diambil.
T.T

Tiada ulasan:

TEMBIKAI AYAQ BELACAN

Resepi Kerabu Tembikai atau ada di Utara menggelarnya Tembikai Ayaq Belacan.. haaa.. rare kan.. Resepi ni dahulunya kerap dibuat...