Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2013

TUMPAH

Imej
“Anakku Biarkan orang lain menjalani kehidupan yang kecil, tetapi kamu jangan!
Anakku Biarkan orang lain memperdebatkan soal-soal kecil, tetapi kamu jangan!
Anakku Biarkan orang lain menangisi kepedihan-kepedihan kecil, tetapi kamu jangan!
Anakku Biarkan orang lain menyerahkan masa depan mereka kepada orang lain, tetapi kamu jangan!”

Working Class

Imej
Adiwira kehidupan sebenar.

Keliling Dunia Harungi Cuaca Ektrem, Dg Motosikal ...

Imej
MENJELAJAH dunia dengan motosikal tentu banyak diimpikan para rider. Hal itu dilakukan seorang elaki Inggeris, Ed March, lelaki ini memilih melakukan perjalanan ekstrem, dengan tujuan mengelilingi daratan sangat dingin yang memiliki iklim salji terpanjang iaitu lingkar Artik.

Perjalanan tersebut tentu mendapat cabaran dan dianggap pilihan yang gila. Pasalnya, dilaporkan Motorcycle.com, Jumaat 24 Mei 2013, untuk perjalanannya tersebut March hanya menunggangi motosikal Honda C90. “Untuk menunjukkan kepada dunia, Anda tidak perlu hanya melakukan perjalanan dengan menggunakan BMW R1200GS,” kata lelaki tersebut.

Di cuaca yang sangat dingin, dia hanya membawa peralatan seadanya seperti kamera, peralatan berkemah, serta bendera negaranya, Inggeris. Sebelum ke lingkar Artik, dia juga sempat melakukan perjalanan jarak jauh selama lapan bulan, dengan menempuh jarak 14,500 mil, dari Malaysia ke Inggeris. Dan perjalanan tersebut hanya menggunakan Honda C90.

Dalam perjalanan itu, dia tid…

CUKUP

Imej
PTPTN bukan berkenaan hutang. Tetapi bagaimana pendidikan itu di perdagangkan. Dan kenapa Sebelum wujud PTPTN, boleh saja anak semua bangsa Malaysia lulus dari universiti tanpa PTPTN.

Beda

Imej
Ilusi bermakna angan-angan. Malah tidak ada perkatan yang cukup untuk menerangkan makna perkataan ilusi ini. Angan-angan Mat Jenin pun memiliki asas kerana ketika Mat Jenin berangan-angan dia sebenarnya sedang membuat sesuatu yang positif – memanjat pokok kelapa – untuk membuat modal berniaga. Ilusi tidak memiliki asas. Justeru, lebih tepat kalau saya katakan ilusi ini angan-angan karut lagi marut.
Harapan juga boleh bertukar menjadi ilusi jika harapan tidak dibantu dengan usaha dan kerja. Mengharapkan sesuatu tetapi tidak melakukan apa-apa ialah ilusi. Ini samalah saperti kesah Pak Lebai yang heboh berlabon hendak ke Mekah tapi bukan sahaja paspot belum dilamar, malah gambar kad pengenalan pun belum diambil.
T.T

Kebaikan Suatu Keadaan Jiwa Damai

Imej
Amal Baik Menghapus Dosa
Riwayat: at-Tirmizi

Hadith:
Daripada Abu Dzar Jundub bin Janadah dan Abu Abdul Rahman Muaz bin Jabal RA, daripada Rasulullah SAW, telah bersabda, “Bertaqwalah kamu kepada Allah bila dan di mana saja kamu berada, susulkanlah kejahatan dengan kebaikan nescaya kebajikan itu akan menghapuskan kejahatan dan bergaullah dengan sesama manusia dengan akhlak yang mulia.”

Huraian Hadith:
Amalan kebajikan menghapuskan amalan kejahatan sebelumnya, jika kejahatan itu termasuk dosa kecil, dan tidak berkaitan dengan orang lain.

Antara akhlak mulia ialah manis muka, tidak mengganggu atau menyakiti orang lain, melakukan perkara maaruf dan berinteraksi dengan orang lain dengan cara yang kita mahu orang lain berinteraksi dengan kita.

Kita dikehendaki bertaqwa kepada Allah walau di mana kita berada.

Allah sentiasa mengawasi segala perbuatan hambanya secara terang atau secara tersembunyi.

Sesungguhnya amal kebajikan dapat menghapuskan kesalahan dengan syarat dosa itu tidak diulan…

BUAT BAIK LAGU MANA PUN TAKPA

Di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari







yang baik-baik lagi cantik-cantik.


DIAM

Imej
Dari pengalaman,aku menakrif beberapa jenis Senyap.Yang satu adalah kerana seseorang memilih untuk menjadi senyap, sama ada tidak mempunyai apa-apa untuk dikatakan, atau memilih untuk menikmati ketenangan dengan cara aman.Jenis yang lain lagi ialah Senyap boleh diterangkan dengan kata-kata- Senyap terkedu;apabila diri telah teruk di bantai hingga kering air liur. Tetapi senyap yang paling senyap pada aku ialah-Senyap Mati;seperti apabila telah teruk dipukul, dibelasah, yang mengegarkan dalam jiwa, dan ditinggalkan di dalam sebuah bilik selepas peristiwa itu - dan semuanya berjalan mati senyap.Ia seperti selepas pertempuran dalam zon perang, apabila meriam telah berhenti, batang tubuh telah terselamat dan melihat sekeliling yang ada hanyalah tubuh kaku, serpihan, runtuhan bangunan dan diri keliru sama ada masih hidup atau mati.Tidak seperti kesunyian tanah perkuburan, ia suatu-Senyap yang Damai;(pergi ke tanah perkuburan dan kamu akan temui itu).
Dan aku suka memilih untuk berdiam yang …

APA HARAM JADAH?

Imej
WAHAI BANI MELAYU
wahai bani melayu
ingatlah apa yang terjadi kepada orang terdahulu dari kamu
tidak kah kamu melihat bulan dan bintang
tidak kah kamu dapat mengambil iktibar
tentang orang orang dungu
orang orang bengap yang dahulu dari kamu
apakah kamu lupa apa yang terjadi kepada mereka
wahai bani melayu hendaklah kamu jangan jadi bodoh
dibodoh dan terus dibodohkan
wahai bani melayu berubahlah kamu
sebelum kamu rebah.
T.T.

CHIANG MAI-AYUTHAYA

Imej
Hari ke Lapan(8) 8 februari 2013

Pengembara itu meneruskan lagi, hari ini bermula dengan Bersarapan di hotel dan terus mengikuti lebuhraya 1(AH 1). Mengikuti jalan ke Phatsunolok hingga ke persimpangan INDOCHINA tuan-tuan pilih terus pukul 12(bypass).akan lihat papan tanda KUALA LUMPUR 1840KM di kiri jalan (sampai hari ini sedikit penulis sedikit ralat kerana tidak berhenti bergambar di situ)-ada umur akan ke situ lagi kerana lagipun utara Thai tidaklah terlalu jauh seperti yang di sangka.
Tuan-tuan hanya perlu sedikit teliti menuruti laluan. Andai tersesat laluan, pilih yang akan terus membawa ke selatan, pada petang hari cuma pastikan matahari di kanan, dan anda pastikan jumpa jalan pulang.
Perjalanan hari ini adalah yang paling memenatkan dan amat mengantuk beberapa kali penulis terlelap ketika sedang menunggang. Jadi ingatan panulis kepada diri sendiri dan tuan-tuan rehatlah secukupnya pada malam hari jangan bermain dengan gajet-gajet canggih tuan-tuan seperti yang telah penulis laku…

semut

Imej
|| Haram membunuh semut ||

Haram membunuh semut, kecuali yang membawa bahaya, itupun mestilah tidak dengan api (tak boleh dibakar).

Ini berdasarkan hadith Sahih riwayat Ahmad dan Abu Daud, dari Ibn Abbas, katanya: maksudnya- "Rasulullah SAW melarang membunuh 4 haiwan iaitu semut, lebah, burung hud-hud dan burung Surrad" (Hadith Sahih, riwayat Ahmad dan Abu Daud).

Dan juga berdasarkan ayat al-Qur'an, surah al-Naml (18), kata Allah maksudnya: "Hingga ketika mereka sampai di lembah semut, berkatalah seekor semut, "Wahai semut-semut! Masuklah ke dalam sarang-sarangmu, agar kamu tidak dipijak oleh Sulaiman dan bala tentaranya, sedangkan mereka tidak menyedari".

Juga berdasarkan dalil hadith Sahih riwayat al-Bukhari dan Muslim, dari Abu Hurairah katanya, Rasulullah bersabda - maksudnya: "Sesungguhnya pernah seekor semut menggigit salah seorang Nabi lalu Nabi tersebut menyuruh supaya membakar sarang semut tersebut, tetapi Allah menurunkan wahyu kepadanya: Apa…

SELAMAT HARI BURUH

Imej
Apabila sekali kau mulai kawan,
Pohon kau jalankan hingga selesai.




Antara Mencintai Tanahair Dan Mencintai Penguasanya

Imej
Prof Madya Dato’ Dr Mohd Asri Zainul Abidin
(sertai facebook DrMAZA.com dan twitter realDrMAZA) Hadis ‘Cintakan tanahair itu daripada Iman’ tidak sahih. Bahkan ia hadis maudu’ (palsu). Ini dinyatakan oleh al-Saghani (meninggal 650H/1252M) dalam karyanya al-Maudu‘aat. Ini dipersetujui oleh para huffaz (para ilmuwan ulung hadis) seperti yang disebut oleh ‘Ali al-Qari dalam bukunya al-Masnu’ fi Ma’rifat al-Hadith al-Maudu’. Walaupun hadis ini palsu (fabricated) dari sudut kesabitannya (authenticity) daripada Nabi Muhammad s.a.w, namun ada tokoh seperti Muhammad Tahir al-Fatani (meninggal 986H/1578M) dari India dalam karyanya Tazkirah al-Maudu‘aat menyatakan dari sudut maksud ataupun isi kandungannya benar. Dalam kata lain menurut pendapat beliau, hadis ini memang tidak sabit daripada Nabi s.a.w, tetapi kandungan maksud yang terdapat dalam teks itu benar. Ertinya, cinta tanahair itu termasuk dalam iman. Pun begitu, sarjana hadis lain seperti Muhammad Nasir al-Din al-Albani memberikan komenta…

Lelaki Bersemangat Bebas.

Imej
Kejadian berlaku di Darulaman Bike Park,Kedah, Malaysia nama tempat. Tuan-tuan adalah di jemput memeriahkan trail ini yang direka khusus untuk menaikkan adrenalin tuan-tuan.












MALU

Imej
Lakaran kartun yang di siarkan The New York Time - Global Edition bertarikh 11 May 2013, adalah secara jelas menghina Perdana Menteri Malaysia. Saya sebagai warga negara Malaysia yang baru berusia 34 tahun memohon  Perdana Menteri Malaysia menyaman " THE NEW YORK TIMES" di atas perlakuan biadap tersebut.
 :- Muhamad Aduha Bin Rosli dari Arau, Perlis, Malaysia. 14 May 2013.

SUKAN TERJUN BUKIT NAIK GEREK

Imej
Tahniah kepada pihak penganjur KeDH. Para pemenang dan penyokong tegar.
Lokasi: Darul Aman Bike Park Jitra,Kedah
Tarikh: 11 Mei 2013








505 MALAYSIA 13

Imej
PARLIMEN BNPRLAIN-LAIN133890222 seats total, 112 to win, 148 for two-thirds DEWAN UNDANGAN NEGERI BNPRLAIN-LAINJohor(56)38180Kedah(36)21150Kelantan(45)12330Melaka(28)2170N. Sembilan(36)22140Pahang(42)30120Penang(40)10300Perak(59)31280

AL FATIHAH

Imej
Buat pejuang Saudaraku Umar Megat kembali pada 2 Mei 2013