Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2013

ya

Imej
hak


Muzium Candu ke Chiang Mai

Imej
Hari ke tujuh(7) 7 februari 2013
Penjelajahan di teruskan lagi dari Golden Triangle melalui Chiang Kong( Pintu masuk ke Laos dan China(lagi 250km) di jalan raya banyak kenderaan pendaftaran China).Jalan trafik lancar kenderaan kurang banyak.Di Chiang Kong kena kopi secawan (70baht) di port rugged kedai nama Rider Coffee (empa tuan-tuan yang ada modai buleh buat port macam ni). Dari Chiang Kong kami melalui Chiang Rai dan Perjalanan hari ini berhenti setakat Chiang Mai. Dalam perjalanan hari ini bertemu dengan touring grup Chiang Mai Yellow Corn yang kebetulan baru selesai misi ke Luang Prabang,Laos.Pulang melalui jalan yang sama bersaing, mereka menggunakan mesin jenis OFFRoad scrambler. Di Chiang Mai kami menginap di Hotel Al Farouq kordinat
18.77062
99.00043
malam hari diteruskan dengan aktiviti jalan-jalan di Kalare Night Market. Tuan-tuan buleh google kerancakan aktiviti malam yang penuh dengan pelancong dari negara atas angin.

Perbelanjaan hari ke 7(Baht Thai)
Minyak 50+140+190
Sarapan…

DUNIA

Imej
INI SEMUA DUNIA!
Surah At-Takaathur - سورة التكاثر

Ayat 1 - 8
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya (harta benda, anak-pinak pangkat dan pengaruh). Sehingga kamu masuk kubur. Jangan sekali-kali (bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak (akibatnya yang buruk semasa hendak mati)! Sekali lagi (diingatkan): jangan sekali-kali (kamu bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak (akibatnya yang buruk pada hari kiamat)! Demi sesungguhnya! Kalaulah kamu mengetahui - (apa yang kamu akan hadapi) - dengan pengetahuan yang yakin, (tentulah kamu akan mengerjakan perkara-perkara yang menjadi bekalan kamu untuk hari akhirat). (Ingatlah) demi sesungguhnya! - Kamu akan melihat neraka yang marak menjulang. Selepas itu - demi sesungguhnya! - kamu (wahai orang-orang yang derhaka) akan melihatnya dengan penglihatan yang yakin (semasa kamu dilemparkan ke…

Ya

Imej

senam diri

Imej

What do people live for? 人为什么要活着? ¿Qué la gente el vivir? [HQ]

Di Sebalik Bayang-Bayang Sebuah Negeri Di Malaysia

BOBROK SIASAH

Imej
BOBROK SIASAH Kita mengidami kedamaian harum santun sebuah negara di tengah marak bara siasah. Dalam gerak kejutan sejarah tekad murbawan sekukuh waja. Kita merindui keadilan
gandingan asas landasan sasa,
ucapan batin serahsia jiwa;
setiap ukir dan fikir bangsa
bakal mengerdip seindah rasa.
Kita menghajati keikhlasan;
yang berulang mercup, keganasan,
dan berulang terus, kebobrokan!
Kita tak lagi kekal insani
untuk pelihara demokrasi.
Kita mengidami kedamaian;
kita merindui keadilan;
kita menghajati keikhlasan.
Tapi, yang berulang, keganasan;
yang terus berulang, kebobrokan.
22 Mac, 2013 A. SAMAD SAID





Saya

Imej
Hampir menjadi orang macam anda semua, setia, bertekad, berani, tetapi saya memilih untuk simpankan saja kesemua itu.

WHY

Imej
Dari Tengah Bahasa Inggeris, dari Lama Bahasa hw ȳ, HWI ("mengapa", kes instrumental daripada hwæt ("apa"), benar-benar "oleh apa, untuk apa"), dari Proto-Jermanik * HWI ("oleh apa, bagaimana"),dari Proto-Indo-Eropah * k ʷ ey, locative * k ʷ Berpandukan ("yang"). Seasal dengan Tengah Tinggi Jerman wiu ("bagaimana, mengapa"), Denmark dan Sweden hvi ("mengapa"), Faroese dan Iceland hví ("mengapa"), masak an Latin ("kepadanya", kes datif untuk qui ("yang, bagaimana, mengapa ")), Yunani Kuno πει (pei," di mana "). Bandingkan Lama Bahasa Inggeris Th ȳ ("kerana, sejak, pada akaun tersebut, oleh itu, maka", secara literal "oleh itu, untuk itu").
:-SUMBER WIKTIONARY.






MALAYSIA YANG LEBIH BAIK

Imej
HARAPAN merujuk kepada suatu keadaan jiwa yang menggalakkan kepercayaan untuk hasil yang lebih baik berkaitan dengan peristiwa-peristiwa dan keadaan dalam kehidupan.
Erti kata lain Harapan adalah perasaan bahawa apa yang dikehendaki boleh didapati atau peristiwa akan berubah untuk yang terbaik atau perbuatan ke hadapan untuk sesuatu dengan keinginan dan keyakinan yang munasabah.
Dan perkataan Putus asa itu ialah suatu kepercayaan jiwa yang bertentangan dengan harapan. 


SIARAN MEDIA TERHADAP INSIDEN DI SABAH

Imej
4 MAC 2013
DATO’ SERI NAJIB RAZAK (Baca Orang Nombor 1(satu) Negara) SEWAJARNYA MENUMPUKAN USAHA MEMASTIKAN KEDAULATAN WILAYAH NEGARA, KESELAMATAN RAKYAT SABAH DAN ANGGOTA PASUKAN KESELAMATAN

Setiap pimpinan mana-mana negara sekalipun bertanggungjawab mempertahan kedaulatan wilayah negara, keselamatan rakyat dan anggota pasukan keselamatan.

Kegagalan mempertahankan kedaulatan negara dan keselamatan rakyat merupakan satu pengkhianatan serta menodai amanah rakyat. Justeru kami berhasrat mengingatkan pimpinan negara agar tegas mempertahankan kedaulatan wilayah negara dan tidak alpa memastikan keselamatan setiap rakyat Malaysia, terutamanya di Sabah ekoran dari insiden pencerobohan sekumpulan bersenjata warga asing di sekitar Lahad Datu serta Semporna. Setiap inci tanah Sabah dan keselamatan rakyatnya wajib dipertahankan. 

Pencerobohan di Lahad Datu telah mengorbankan dua nyawa perwira negara manakala insiden terbaru di Semporna pula mengorbankan enam nyawa perwira negara. Kita merakamkan uca…