Prachuap KhiriKhan-Kanchanaburi

Prachuap Kiri Khan ke Kanchanaburi
Jelajah hari ke dua bermula lewat pukul 9.00 pagi waktu Malaysia.
Dari Prachuap melalui Lebuhraya utama ke Bangkok.
Terus ke Ratchaburi dan Nakhon Saphon. Cuma 340km
Perjalanan yang menuntut sedikit sahaja ketelitian papan tanda ini kerana tiada papan tanda dari lebuhraya utama. Tuan- tuan perlu memilih untuk ke Ratchaburi dan kemudiannya ke Nakhon Saphon. Dari Nakhon Saphon muncullah Kanchanaburi. Tetapi penulis mengesyorkan gunalah GPS versi peta terkini untuk kemudahan jelajah tuan-tuan sekalian. Pada penulis Perkara teristimewa di Kanchanburi ialah tinggalan sejarah Perang Dunia suatu ketika dahulu. Antara yang menarik ialah Jambatan Keretapi Maut yang dibina untuk menyeberangi Sungai Kwai yang menghubungkan Burma(baca Myanmar) dan Siam(baca Thailand) seterusnya ke Tanah Melayu(baca Malaysia).Menurut pakar sejarah yang telah ditemuramah oleh penulis Encik Jonz (nama sebenar beliau Zulkarnain) besi landasan dan kayu masih dikekalkan untuk di pijak oleh pengunjung seperti penulis (tetapi penulis lebih selesa dengan istilah pengembara). Dan soalan penulis.Adakah berbaloi perjalanan sejauh lebih 1000km dari sempadan untuk sekadar memijak batang besi landasan dan kayu dari zaman perang Jepun?.. Soalan lagi. Apakah barangan lagi yang terlalu banyak dan beharga yang dirembat oleh Bangsa Jepun dari tanah melayu?..



tuan-tuan boleh mendapatkan makanan muslim di hadapan pejabat pos ini



bersarapan pagi tepi pantai



penulis biasa-biasa sahaja dengan mesin kecil ini




permulaan jelajah hari ke2




melakukan tukaran minyak mesin kali pertama pada jelajah kali ini 







penulis pandai tengok dalam hal ni 















lumayan untuk 700baht












inilah besi rel keretapi seperti yang di war-warkan






sekitar 7.00ptg waktu Malaysia rel ini dilalui keretapi


terima kasih bang aji belanja ayaq nyoq.




pasar malam



cuma 1 kg kehilangan hari kedua.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

PALA TAW RIDE 2016 MALAY-SIAM-LAOS-CAMBODIA

CUKUP SATU KALI RIDE KE SATU - SATU TEMPAT.

Perlis Bike Jam 2014