MAE SOT-MAE SARIANG

Mae Sot-Mae Sariang
Hari yang sungguh mencabar.
Mesin mengalami sedikit kecelaruan dengan beberapa bahagian jalan yang sungguh kurang enak tetapi sebahagian lagi lazat. Dari Mae Sot Tuan-tuan cuma perlu mengikut arah yang ditunjukkan oleh papan tanda ke Mae sariang.Jalan ini penulis namakan seribu lopak, laluan bebetul di atas border Thai-Myanmar(tuan-tuan boleh google map) melalui Mae La Refugee camp yang di kawal ketat oleh Tentera Thailand. Laluan ini penulis hampir tergolek dan almari bergerak sym mamu mengalami patah bahagian bracket tong givi beliau(baca akibat barang lebih muatan). Penulis dan sahabat yang pada awalnya merancang untuk bermalam di Mae Hong Son memendekkan laluan dan tidur di Mae Sariang. Untuk melakukan pembaikan kecil pada motosikal penulis dan almari bergerak sym mamu.Mae Sariang pekan kecil di atas laluan sempadan Myanmar, penulis kebetulan bertemu dengan sahabat penunggang basikal touring dari Khlong Ngae(pekan sempadan Malaysia) mereka seramai 4 orang yang kebetulan dalam misi jelajah basikal di utara Thailand.











































Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

PALA TAW RIDE 2016 MALAY-SIAM-LAOS-CAMBODIA

CUKUP SATU KALI RIDE KE SATU - SATU TEMPAT.

Perlis Bike Jam 2014