Ahad, 28 Oktober 2012

Nasihat Lukman Al-Hakim Kepada Anaknya



1 – Wahai anakku, elakkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu akan menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.

2 – Wahai anakku, sekiranya ibubapa mu marah kepadamu kerana kesilapan yang telah kamu lakukan, maka kemarahan ibubapamu adalah seperti baja untuk menyuburkan tanam tanaman.

3 – Wahai anakku, jika kamu mahu mencari kawan sejati, maka ujilah dia terlebih dahulu dengan berpura pura membuatkan dia marah padamu. Sekiranya dalam kemarahan itu dia masih mahu menasihati dan menginsafkan kamu, maka bolehlah kamu mengambil dia sebagai kawan. Jika berlaku sebaliknya maka berwaspadalah kamu terhadapnya.

4 – Wahai anakku, bila kamu mempunyai teman karib, maka jadikanlah dirimu padanya sebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Sebaliknya biarkanlah dia yang mengharapkan sesuatu darimu.

5 – Wahai anakku, jagalah dirimu supaya tidak terlalu condong kepada dunia dan hatimu selalu disusahkan olah dunia saja kerana kamu diciptakan Allah bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunia.

6 – Wahai anakku, janganlah kamu ketawa jika tiada sesuatu yang menggelikan, janganlah kamu berjalan tanpa tujuan yang pasti, janganlah kamu bertanya sesuatu yang tidak ada guna bagimu, janganlah mensia siakan harta mu pada jalan maksiat.

7 – Wahai anakku, sesiapa yang bersifat penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yang pendiam akan selamat daripada mengeluarkan perkataan yang sia-sia, dan sesiapa yang tidak dapat menahan lidahnya dari berkata kotor tentu dia akan menyesal kelak.

8 – Wahai anakku, bergaullah dengan orang yang soleh dan berilmu. Bukalah pintu hati mu dan dengarkanlah segala nasihat dan tunjuk ajar darinya. Sesungguhnya nasihat dari mereka bagaikan mutiara hikmah yang bercahaya yang dapat menyuburkan hatimu seperti tanah kering lalu disirami hujan.

9 – Wahai anakku, sesungguhnya dunia ini bagaikan sebuah kapal yang belayar di lautan yang dalam, banyak manusia yang karam ke dalamnya. Jika engkau ingin selamat, maka belayarlah dengan kapal yang bernama ‘taqwa’, isinya ialah ‘iman‘ dan layarnya adalah ‘tawakkal kepada Allah’.

10 – Wahai anakku, jika kamu mempunyai dua undangan majlis, iaitu majlis takziah kematian atau majlis perkahwinan, maka utamakanlah majlis kematian, kerana ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedangkan menghadiri majlis perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada keseronokan duniawi sahaja.

11 – Wahai anakku, janganlah kamu terus menelan apa sahaja yang kamu rasa manis janganlah terus meludah sahaja apa yang kamu rasa pahit, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kelemahan.

12 – Wahai anakku, janganlah kamu makan sampai kenyang yang berlebihan, kerana sesungguhnya adalah lebih baik jika bahagian dari yang kenyang itu diberikan kepada anjing sahaja.

13 – Wahai anakku, janganlah kamu menjadi lebih lemah dari seekor ayam jantan, kerana ia telah berkokok pada waktu pagi hari sedangkan kamu pada waktu itu masih terbaring di atas katilmu.

14 – Wahai anakku, jangan kamu melantik seseorang yang bodoh menjadi utusanmu. Jika tiada siapa yang lebih cerdas, pintar dan bijak maka sebaiknya dirimu sendirilah yang menjadi utusan.

15 – Wahai anakku, orang yang bersedia untuk mendengar nasihat dan bimbingan dari orang yang lebih alim, maka dia layak untuk mendapat penjagaan dari Allah tetapi bagi orang yang insaf setelah menerima teguran maka dia lebih layak untuk mendapat kemuliaan dari Allah.

16 – Wahai anakku, orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kepada Allah, maka dia tawadduk kepada Allah, dia akan lebih dekat kepada Allah dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada Allah.

17 – Wahai anakku, seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seorang yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan hal hal yang tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih mudah daripada memberi pengertian kepada orang yang tidak mahu mengerti.

18 – Wahai anakku, kamu telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu besar dan besi yang amat berat, tetapi akan lebih lagi daripada semua itu, adalah bilamana kamu mempunyai jiran yang jahat.

19 – Wahai anakku, jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yang berbahaya.

20 – Wahai anakku, bukanlah satu kebaikan namanya bila mana kamu selalu mencari ilmu tetapi kamu tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang yang mencari kayu bakar, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya.

21 – Wahai anakku, jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yang tidak ingin menerima pujian atau mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya yang akan mendatangkan cela pada dirimu.

22 – Wahai anakku, ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yang selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain. Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan orang yang bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.

23 – Wahai anakku, apabila kamu menghampiri kediaman sesuatu kaum, ucaplah salam. Kemudian duduklah ditempat yang telah disediakan oleh mereka. Jangan mulakan perbualan sehingga mereka mulakannya. Sekiranya mereka suka berzikir maka sertailah mereka, jika sebaliknya maka jauhilah mereka dan sertailah kelompok lain.

24 – Wahai anakku, bertakwalah kepada Allah, orang lain tidak akan tahu engkau takut kepada Allah s.w.t hanya untuk dihormati, sedangkan hatimu menyimpang daripada kebenaran.

25 – Wahai anakku, janganlah engkau terlalu menyayangi orang jahil kerana dia akan menganggap kamu bersetuju dengan perbuatannya. Janganlah engkau menghina sesuatu yang dibenci oleh orang bijaksana kerana dia akan terus meninggalkanmu.

26 – Wahai anakku, ketahuilah bahawa kekuasaan berada pada mulut orang-orang yang bijaksana. Mereka tidak berkata-kata melainkan dengan apa yang dikurniakan Allah s.w.t

27 – Wahai anakku, janganlah engkau menyesal kerana berdiam sahaja. Sesungguhnya percakapan itu berharga perak, sedangkan berdiam diri berharga emas.

28 – Wahai anakku, hindarilah dirimu daripada kejahatan, nescaya ia akan menjauhimu. Sesungguhnya kejahatan itu untuk sejahat-jahat makhluk.

29 – Wahai anakku, pilihlah majlis-majlis yang mengingati Allah, sertailah mereka, sekiranya engkau seorang yang berilmu engkau dapat memanfaatkan ilmumu. Sekiranya engkau seorang yang bodoh mereka akan mengajarmu. Allah akan merahmatimu dan juga mereka. Wahai anakku janganlah engkau menyertai majlis-majlis yang tidak mengingati Allah, sekiranya engkau seorang yang berilmu, engkau tidak dapat memanfaatkannya. Sekiranya engkau seorang yang bodoh, engkau akan bertambah bodoh. Allah akan murka kepadamu dan kepada mereka.

30 – Wahai anakku, janganlah engkau makan makanan yang tidak bersih. Bermesyuaratlah dalam urusanmu yang berbentuk ilmu.

31 – Wahai anakku, janganlah beriri hati dan tanding menandingi kerana ia meluaskan medan pertumpahan darah orang yang beriman. Pertumpahan darah dianggap oleh Allah sebagai pembunuhan, bukan kematian.

32 – Wahai anakku, sesungguhnya kebijaksaaan itu meletakkan orang miskin pada taraf raja-raja.

33 – Wahai anakku, hendaklah kamu ingat kebaikan orang dan lupa kejahatan orang. Dan hendaklah kamu lupa kebaikan kamu terhadap orang dan ingatlah kejahatan yang kamu lakukan kepada orang.

Petikan ayat2 Al-Quran
1 – “Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, di waktu ia memberi pelajaran kepadanya: “Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan (Allah) sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar.” Surah Luqman : Ayat 13

2 – “Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu-bapanya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusukannya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada dua orang ibu bapamu, hanya kepada-Kulah kembalimu. Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan dengan Aku sesuatu yang tidak ada pengetahuanmu tentang itu, maka janganlah kamu mengikuti keduanya, dan pergaulilah keduanya di dunia dengan baik, dan ikutilah jalan orang yang kembali kepada-Ku, kemudian hanya kepada-Kulah kembalimu, maka Ku-beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.” Surah Luqman : Ayat 14 – 15

3 – “(Luqman berkata): “Hai anakku, sesungguhnya jika ada (sesuatu perbuatan) seberat biji sawi, dan berada dalam batu atau di langit atau di dalam bumi, nescaya Allah akan mendatangkannya (membalasinya). Sesungguhnya Allah Maha Halus lagi Maha Mengetahui. ” Surah Luqman : Ayat 16

4 – “Hai anakku, dirikanlah shalat dan suruhlah (manusia) mengerjakan yang baik dan cegahlah (mereka) dari perbuatan yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal-hal yang diwajibkan (oleh Allah).

Dan janganlah memalingkan muka dari manusia (kerana sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri.

Dan sederhanalah kamu dalam berjalan dan lunakkanlah suaramu. Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai. “ Surah Luqman : Ayat 17 – 19

sumber:-google.

Selasa, 23 Oktober 2012

Ibnu Hasyim: Jalan Kaki Tunai Haji 314 Hari Dari Bosnia..






Ibnu Hasyim: Jalan Kaki Tunai Haji 314 Hari Dari Bosnia..: SARAJEVO - Seorang lelaki Islam Bosnia yang berjalan kaki untuk menunaikan ibadah haji di Mekah pada tahun lalu memberitahu agensi berita AFP bahawa dia tiba di kota suci tersebut selepas merentasi tujuh buah negara termasuk Syria yang kini dilanda perang saudara.

"Saya tiba di Mekah pada Sabtu lalu. Saya tidak letih, ini merupakan hari paling bahagia dalam hidup saya," kata Senad Hadzic menerusi satu temu bual telefon.

Lelaki berusia 47 tahun itu memberitahu, dia berjalan kaki sejauh 5,700 kilometer (km) selama 314 hari merentasi Bosnia, Serbia, Bulgaria, Turki, Syria dan Jordan untuk ke Mekah dengan membawa beg sandang seberat 20 kilogram.

Hadzic memaparkan perjalanan tersebut dalam akaun Facebook miliknya termasuk gambar dia memperoleh kad masuk dan keluar Syria yang dikeluarkan oleh kementerian dalam negeri kepada warga asing.

"Saya merentasi Syria pada April lalu. Saya berjalan sekitar 500km dalam tempoh 11 hari. Saya melintasi bandar raya Aleppo dan Damsyik serta sejumlah pos kawalan tentera rejim dan pemberontak tetapi saya tidak pernah ditahan.
"Di sebuah pos kawalan tentera Presiden Bashar Al-Assad, beberapa askar mengarahkan saya mengosongkan beg sandang saya. Apabila saya menunjukkan al-Quran dan menyatakan saya berjalan kaki ke Mekah, mereka melepaskan saya," ujar Senad.
"Saya berjalan kerana Allah, untuk Islam, untuk Bosnia-Herzegovina, untuk ibu bapa dan saudara perempuan saya," tambah lelaki itu.

Di laman Facebooknya, dia memberitahu, Tuhan telah menunjukkan jalan ke Mekah dalam mimpinya termasuk menuju ke kota suci itu melalui Syria dan bukan Iraq. Semasa perjalanannya, Senad berdepan suhu sejuk antara -35° darjah Celsius di Bulgaria hingga kepanasan mencecah 44° darjah Celsius di Jordan.

Menurutnya, dia terpaksa menunggu di Istanbul selama beberapa minggu untuk mendapatkan kebenaran bagi merentasi Jambatan Bosphorus dengan berjalan kaki, selain dua bulan di sempadan Jordan dan Arab Saudi bagi mendapatkan visa untuk mengerjakan ibadah haji. - AFP

Isnin, 22 Oktober 2012

Khamis, 18 Oktober 2012

BASIKAL RM 61.17



MOSHAV AHITUV, Israel - Seorang pencipta Israel, Izhar Gafni mencipta sebuah basikal yang hampir keseluruhan badannya diperbuat daripada kadbod.Menurut Gafni, basikal itu dihasilkan selepas menjalani banyak ujian. Beliau yang berusia 50 tahun berkata, pengeluaran basikal itu akan bermula dalam tempoh beberapa bulan lagi dan akan dijual pada harga tidak lebih AS$20 (RM61.17).


"Semasa kami bermula (mencipta basikal tersebut) setahun setengah lalu, orang ramai ketawakan kami. Namun, kini kami menerima sebanyak 12 e-mel pada setiap hari untuk bertanyakan di mana mereka boleh membeli basikal itu," katanya.


Dia mencipta basikal itu di sebuah bengkel di sini. Gafni meramalkan bahawa pada masa depan, kadbod mungkin digunakan dalam pembuatan kereta dan pesawat. Kadbod dihasilkan daripada pulpa kayu yang dicipta pada abad ke-19. - Reuters

sumber;- lebai google.


Ahad, 7 Oktober 2012

KEMULIAAN MEREPUT





Turunlah kejutan pertempuran;
Akan dibentangkan pada pasir tenggelam,
Bukan di atas batu hitam kekal. 
Memercik titisan halus merah;
Darah kan bertukar menjadi suatu kebanggaan!
 Abu di kaki,
Pada tubuh besar dan kuat;
Demi kebenaran dan penghormatan,
Berdiri teguh dan menderita lama.
Sang pemberani manakala si penakut terbang,
Membina tiang negara mendalam,
Demi mengangkat semangat ke langit.

Sabtu, 6 Oktober 2012

SILAP JANTAN LAMBAT CABUT




Waktu saya kecik-kecik dahulu pernah saya dan kawan-kawan main 'kawen-kawen'. Saya teringat si Anu dan si Ani telah pernah menjadi isteri atau suami. Teringat juga kawan-kawan yang berlakon menjadi  anak-anak. Ini pemainan kanak-kanak ketika membesar kebiasaannya selepas musim menuai, sehingga membina pondok jerami di tengah padang dan bermain 'rumah-rumah'.
Di zaman kanak-kanak kita tidak faham apa itu 'kawen-kawen' dan tidak mengerti apa makna 'anak-anak'. Kanak-kanak hanya meniru apa yang dapat  dilihat dihadapan mata.
Kita menjadi dewasa. Akhirnya ada yang berumah tangga. Beranak-pinak. Aman bahagia. Ada yang berkahwin, beranak-pinak kemudian bercerai. Ada yang terus membujang. Kedewasan kita membolehkan kita membuat pilihan. Tetapi sebelum main 'kawen-kawen' menjadi kahwin betul-betul, ada satu ruang  yang pada anggapan saya amat 'bahaya'.
Kalau roket Apollo hendak ke bulan, ianya wajib melintasi satu ruang yang dipanggil 'Ven Allen Radiation Belt'. Ini ruang  yang amat bahaya kerana di ruang ini banyak bertaburan meteorit yang mungkin melanggar Apollo.
Untuk perjalanan mendewasa, manusia juga ada "Ven Allen Belt". Ruang yang saya anggap bahaya ini ialah zaman peralihan dari main 'kawen-kawen' ke betul-betul kahwin. Kahwin betul-betul bermakna kita memberi tahu orang ramai bahawa kita meniduri si Mamat atau si Minah ini dengan persetujuan orang ramai. Kita akur kepada permintaan agama dan budayaa agar hubungan seksual kita dianggap halal atau hosher.

Ruang peralihan telah meninggalkan dunia kanak-kanak dipanggil zaman remaja. Umur belasan untuk memasuki umur puluhan boleh ditafsirkan sebagai zaman remaja. Tetapi untuk saya yang penting bukan tarikh umur yang dijadikan tanda, tetapi lejangan seksual yang sedang meronta-ronta.
Dalam negara kita ini - terbukti - dari apa yang saya baca - zaman peralihan ini dilihat sebagai zaman yang membawa banyak masalah.  Masalah yang saya maksudkan wujud hasil dari lejangan seksual dan ledakan keberahian remaja.
Godaan keberahian  seksual di zaman peralihan ini dilihat sebagai masalah. Apa yang menjadikan masalah ini besar ialah hingga kini belum ditemui ubatan yang mujarab untuk meredakan lejangan seksual ini.
Bulan lalu kita membaca bagaimana bayi yang baru lahir dicampakkan ke luar tingkap. Kita ternampak gambar sang ibu yang amat muda bergari dibawa ke mahkamah. Kita juga membaca  kenyataan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagaimana dari tahun 2008 hingga 2010 terdapat 152,182 bayi lahir diluar nikah.
Kalau diambil dari nisbah statistik negara, maka 60% dari bayi yang lahir diluar nikah ini pastilah 'bayi Melayu'.
Sayangnya wacana tentang anak luar nikah dan lejangan keberahian ini hanya cuba diselesaikan dengan ajaran moral dan agama.
Malah, saya perhatikan apabila berita bayi 'dicampak ke luar tingkap' dilaporkan berita ini hanya menjadi berita untuk dua hari. Kemudian ianya padam dan tenggelam. Untuk saya berita ini cukup memeranjatkan. Seharusnya berita 'bayi dicampak keluar tingkap' ini akan membangunkan seluruh umat masyarakat Malaysia terutama umat Melayu untuk bersuara.

*********
Berita bayi mati dalam longkang. Mayat bayi ditanam di belakang rumah. Bayi ditemui di ladang Felda. Bayi baru lahir mati dihurung semut. Bayi ditemui ditangga masjid dan dan dan. Berita-berita ini telah tidak lagi memeranjatkan kita semua. Media dan TV kita tidak heboh-heboh seperti Jom Heboh. TV kita tidak memaparkan berhari-hari berita ini seperti berita lawatan Tuan Bangsawan Inggeris ke Malaysia.
Berita-berita bayi mati dan bayi ditemui ini telah diterima sebagai lumrah. Berita sedemikian tidak lagi menjadi berita.
Cuba bandingkan pula berita tangkapan khalwat. Saya berani bertaruh setiap kali ada cuti panjang - Hari Tahun Baru atau Hari Merdeka - maka keesokan harinya akan ada terpapar berita jumlah penangkapan anak-anak muda yang 'dikepung' dalam hotel-hotel murah di kota besar dan kecil. Berhari-hari berita tangkapan ini dimainkan oleh media.
Saya juga berani bertaruh pada tarikh 11, 12 dan 13 Febuari yang akan datang ini pasti akan muncul berita tentang Hari Kekasih/Valentine Day. Maka para agamawan akan bersuara mengeluarkan fatwa dan fatwi yang muluk-muluk tentang bahaya pengaruh Hari Valentine. Berminggu-minggu debat ini akan dipapar media. Media laman sosial juga akan 'viral' dengan kes khalwat.
Apa maknanya semua ini? Untuk saya ini adalah tanda-tanda bahawa masyarakat kita khususnya masyarakat Melayu/Islam sedang dalam kesakitan yang maha sangat. Ruang Ven Allen Belt yang dipenuhi dengan meteorite ini sedang melanggar pembudayaan Melayu.
Saya bukan sosok agamawan, saya juga bukan terlatih dalam hal kaunseling tetapi saya adalah sebahagian dari anggota masyarakat yang saya anggap sedang sakit tenat. Maka untuk ini saya berhak untuk bersuara dan mengeluarkan pandangan.
Pandangan saya  tidak berniat untuk mempertikai pandangan agamawan  tentang keberahian seksual. Saya juga tidak mempertikaikan  ajaran semua agama tentang larangan dan taboo seksual.
Saya memahami hujah moral sebagai cara untuk menangkis lejangan seksual. Saya memahami moral dan didikan agama untuk menjadi benteng keberahian seksual. Tetapi hanya menggunakan hujah dan pendekatan moral jelas tidak mencukupi. Buktinya - penemuan bayi yang dibuang berterusan tanpa henti-henti.
Saya tidak menolak bahawa ada anak-anak muda yang gersang dan menjadi luntur dan lembik jika mereka 'mandi air sejuk'. Ada juga anak-anak muda yang akan menjauhkan diri dari lejangan seksual kerana mereka beriman. Kepada anak-anak muda sedemikian kita wajib merayakan kejayaan mereka ini.
Tetapi rasanya telah sampai masa untuk kita semua menerima hakikat  bahawa keremajaan dan kemudaan ada zaman melejang keberahian seksual. Telah juga sampai masanya untuk kita menerima cadangan 'mandi air sejuk ketika merasa gersang' bukan satu jawapan ilmiah. Kita memerlukan lebih dari ini.
Tamadun  dan budaya kita hari ini telah mendekatkan besi berani seksual. Zaman dimana anak jantan dan anak betina hanya boleh bertemu dimalam mengemping atau di Pekan Sehari telah lama tamat. Hari ini Mamat dan Minah bersua, berkenal dan bertukar number telefon untuk membuat temujanji. Yang 'rare' dan amat asing ialah bertemu dengan Mamat atau Minah yang tidak berteman atau tidak ber-Facebook.
Jika kita telah bersedia menerima hakikat bahawa Van Allen Belt yang membawa lejangan seksual ini wujud, maka kita juga wajib bersedia menerima hakikat bahawa tidak semua hubungan seksual remaja ini  dapat dipatahkan.
Orang ramai sedar bahawa nyamuk boleh membawa demam malaria, maka orang ramai tanpa sengan silu menggunakan kelambu untuk menangkis  serangan nyamuk. Orang ramai sedar - ketika hujan - jika tidak mahu basah kita boleh menggunakan payung atau baju hujan. Menggunakan kelambu, payung dan baju hujan adalah langkah rasional.
Justeru, langkah awal yang rasional untuk menghindarkan penemuan bayi mati, pembuangan bayi dan dan dan ialah menerangkan kepada remaja, bahawa jika lejangan seksual sampai dan mandi air sejuk gagal meredakan gersang, maka sila gunakan baju hujan!.
Ini kerana zaman main 'kawen-kawen' telah tamat. Kali ini  jika main 'kawen-kawen', pasti akan melahirkan anak!.

'3 tak cukup'



:-sumber dipetik dan diubahsuai dari T.T dan Lebai Google


Khamis, 4 Oktober 2012

Hasutan yang melekat di jiwa.

Kuala Lumpur-Krabi-Kuala Lumpur. Perjalanan lebih 2000km dengan mesin beroda dua bertenaga petrol. Pihak kami mengiktiraf acara ini suatu sukan yang menuntut tahap pendayaupayaan ilmu alam yang tinggi.Perjalanan bermula pada 14 september dengan pemain utama bergerak dari Taman Equine,Serdang, Selangor. Kemudian memasuki pusat bandaraya Kuala Lumpur untuk bergabung dengan seorang lagi pemain di Kampung Baru.
Dari pusat bandar dua pemain ini meluncur ke Lebuhraya Utara Selatan dan seterusnya bergabung dengan pemain ke tiga di Ipoh,Perak yang menunggu di hentian rehat Gua Tempurung. Bermainlah ketiga mereka sejauh 350km sehingga ke Sempadan Malaysia Thailand dan memasuki Ban Dannok pada malam hari pukul 10 malam.
Pada 15 september seorang pemain lagi menyertai pasukan dan seterusnya menyelusuri jalan Thailand melalui Ratthapum-Pathalung-Trang, dan seterusnya tiba di Krabi pada pukul 0520 petang waktu Malaysia.
Krabi masih lagi seperti lapan belas purnama yang lalu iaitu pada kali terakhir salah seorang pemain sampai, bezanya kali ini kekurangan pelawat berkulit putih. Para pemain bermalan di Pantai Ao Nang di 2 buah bilik yang bersih dan selesa dengan penyaman udara, katil besar, kolam mandi kecil air panas, berserta kawalan keselamatan 24 jam,yang dibayar dengan harga Baht Thai 500 sahaja.
16 september pasukan berpatah balik ke Hatyai dan tiba pada pukul 0400 petang waktu Malaysia.
Akhir kata permainan ini akan diteruskan lagi sehingga 2000km sehala pada masa akan datang.
"kami dah, anda bila lagi?".



PANAS LIT LIT

MANDI KERANA LETIH BERPUASA Daripada Abu Bakar bin Abdurrahman radhiyallahu ‘anhu; “Telah berkata sahabat yang menceritakan kepadaku: Aku pe...