Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2012

Nasihat Lukman Al-Hakim Kepada Anaknya

1 – Wahai anakku, elakkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu akan menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.

2 – Wahai anakku, sekiranya ibubapa mu marah kepadamu kerana kesilapan yang telah kamu lakukan, maka kemarahan ibubapamu adalah seperti baja untuk menyuburkan tanam tanaman.

3 – Wahai anakku, jika kamu mahu mencari kawan sejati, maka ujilah dia terlebih dahulu dengan berpura pura membuatkan dia marah padamu. Sekiranya dalam kemarahan itu dia masih mahu menasihati dan menginsafkan kamu, maka bolehlah kamu mengambil dia sebagai kawan. Jika berlaku sebaliknya maka berwaspadalah kamu terhadapnya.

4 – Wahai anakku, bila kamu mempunyai teman karib, maka jadikanlah dirimu padanya sebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Sebaliknya biarkanlah dia yang mengharapkan sesuatu darimu.

5 – Wahai anakku, jagalah dirimu supaya tidak terlalu condong kepada dunia dan hatimu selalu disusahkan olah dunia saja kerana kamu diciptakan Allah b…

Ibnu Hasyim: Jalan Kaki Tunai Haji 314 Hari Dari Bosnia..

Imej
Ibnu Hasyim: Jalan Kaki Tunai Haji 314 Hari Dari Bosnia..:SARAJEVO - Seorang lelaki Islam Bosnia yang berjalan kaki untuk menunaikan ibadah haji di Mekah pada tahun lalu memberitahu agensi berita AFP bahawa dia tiba di kota suci tersebut selepas merentasi tujuh buah negara termasuk Syria yang kini dilanda perang saudara.

"Saya tiba di Mekah pada Sabtu lalu. Saya tidak letih, ini merupakan hari paling bahagia dalam hidup saya," kata Senad Hadzic menerusi satu temu bual telefon.

Lelaki berusia 47 tahun itu memberitahu, dia berjalan kaki sejauh 5,700 kilometer (km) selama 314 hari merentasi Bosnia, Serbia, Bulgaria, Turki, Syria dan Jordan untuk ke Mekah dengan membawa beg sandang seberat 20 kilogram.

Hadzic memaparkan perjalanan tersebut dalam akaun Facebook miliknya termasuk gambar dia memperoleh kad masuk dan keluar Syria yang dikeluarkan oleh kementerian dalam negeri kepada warga asing.

"Saya merentasi Syria pada April lalu. Saya berjalan sekitar 500km dalam tempoh 11 hari…

TAHNIAH KAWAN

Imej
DENGAN KEMENANGAN,KAMU TIDAK LAGI LELAKI BIASA DI KALANGAN KITA.




BASIKAL RM 61.17

Imej
MOSHAV AHITUV, Israel - Seorang pencipta Israel, Izhar Gafni mencipta sebuah basikal yang hampir keseluruhan badannya diperbuat daripada kadbod.Menurut Gafni, basikal itu dihasilkan selepas menjalani banyak ujian. Beliau yang berusia 50 tahun berkata, pengeluaran basikal itu akan bermula dalam tempoh beberapa bulan lagi dan akan dijual pada harga tidak lebih AS$20 (RM61.17).

"Semasa kami bermula (mencipta basikal tersebut) setahun setengah lalu, orang ramai ketawakan kami. Namun, kini kami menerima sebanyak 12 e-mel pada setiap hari untuk bertanyakan di mana mereka boleh membeli basikal itu," katanya.

Dia mencipta basikal itu di sebuah bengkel di sini. Gafni meramalkan bahawa pada masa depan, kadbod mungkin digunakan dalam pembuatan kereta dan pesawat. Kadbod dihasilkan daripada pulpa kayu yang dicipta pada abad ke-19. - Reuters
sumber;- lebai google.

Mom & Dad know best....

Imej

KEMULIAAN MEREPUT

Imej
Turunlah kejutan pertempuran;
Akan dibentangkan pada pasir tenggelam,
Bukan di atas batu hitam kekal. 
Memercik titisan halus merah;
Darah kan bertukar menjadi suatu kebanggaan!
 Abu di kaki,
Pada tubuh besar dan kuat;
Demi kebenaran dan penghormatan,
Berdiri teguh dan menderita lama.
Sang pemberani manakala si penakut terbang,
Membina tiang negara mendalam,
Demi mengangkat semangat ke langit.

SILAP JANTAN LAMBAT CABUT

Imej
Waktu saya kecik-kecik dahulu pernah saya dan kawan-kawan main 'kawen-kawen'. Saya teringat si Anu dan si Ani telah pernah menjadi isteri atau suami. Teringat juga kawan-kawan yang berlakon menjadi  anak-anak. Ini pemainan kanak-kanak ketika membesar kebiasaannya selepas musim menuai, sehingga membina pondok jerami di tengah padang dan bermain 'rumah-rumah'. Di zaman kanak-kanak kita tidak faham apa itu 'kawen-kawen' dan tidak mengerti apa makna 'anak-anak'. Kanak-kanak hanya meniru apa yang dapat  dilihat dihadapan mata.
Kita menjadi dewasa. Akhirnya ada yang berumah tangga. Beranak-pinak. Aman bahagia. Ada yang berkahwin, beranak-pinak kemudian bercerai. Ada yang terus membujang. Kedewasan kita membolehkan kita membuat pilihan. Tetapi sebelum main 'kawen-kawen' menjadi kahwin betul-betul, ada satu ruang  yang pada anggapan saya amat 'bahaya'.
Kalau roket Apollo hendak ke bulan, ianya wajib melintasi satu ruang yang dipanggil 'Ven Alle…

Hasutan yang melekat di jiwa.

Imej
Kuala Lumpur-Krabi-Kuala Lumpur. Perjalanan lebih 2000km dengan mesin beroda dua bertenaga petrol. Pihak kami mengiktiraf acara ini suatu sukan yang menuntut tahap pendayaupayaan ilmu alam yang tinggi.Perjalanan bermula pada 14 september dengan pemain utama bergerak dari Taman Equine,Serdang, Selangor. Kemudian memasuki pusat bandaraya Kuala Lumpur untuk bergabung dengan seorang lagi pemain di Kampung Baru.
Dari pusat bandar dua pemain ini meluncur ke Lebuhraya Utara Selatan dan seterusnya bergabung dengan pemain ke tiga di Ipoh,Perak yang menunggu di hentian rehat Gua Tempurung. Bermainlah ketiga mereka sejauh 350km sehingga ke Sempadan Malaysia Thailand dan memasuki Ban Dannok pada malam hari pukul 10 malam.
Pada 15 september seorang pemain lagi menyertai pasukan dan seterusnya menyelusuri jalan Thailand melalui Ratthapum-Pathalung-Trang, dan seterusnya tiba di Krabi pada pukul 0520 petang waktu Malaysia.
Krabi masih lagi seperti lapan belas purnama yang lalu iaitu pada kali terakhir s…