Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2012

ADA

Imej
Sementara ada ,sementara la. Ia kira-kira kita ada sebelum tiada.

Dewasa ini semua berjuang,

Semua berbunohan,Semua bersaingan.
Semua cuba untuk menjadi lebih besar;
Menjadi lebih kuat daripada sedia kita;
Mengerti kita ada!
Semua kita kan berakhir di tempat yang sama;
Di bawah rumput sana.


ULANG MULA SEBELUM LELAP

Taubat Nasuha
Firman Allah SWT dalam surah at-Tahrim ayat 8:Maksudnya:
“Hai orang yang beriman!
Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan Taubat Nasuha,
mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahanmu
dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai,
pada hari Allah tidak akan menghinakan Nabi dan orang yang beriman bersama-sama dengannya;
cahaya mereka, bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka;
mereka berkata:
Wahai Tuhan kami! Sempurnakanlah cahaya bagi kami dan ampunlah kami;
sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.”
Berdasarkan ayat tadi, taubat nasuha adalah taubat yang benar dan bersungguh-sungguh. Oleh itu bagi memastikan taubat itu adalah nasuha, maka beberapa syarat hendaklah dipatuhi iaitu:

Satu: Meninggalkan terus segala perkara maksiat sama ada kecil atau besar.

Dua: Menyesal atas segala dosa yang lalu.

Tiga: Bertekad untuk tidak mengulangi semula dosa-dosa tersebut.

Ketiga-tiga syarat tad…