Catatan

Tunjukkan catatan dari 2012

POHON

Ketika laila dihalang dari berjumpa dengan majnun. Setiap saat, majnun mengingati laila. Tidurnya, tidur laila. Sedarnya, sedar laila. Makannya, makan laila. Semuanya adalah laila.
Satu ketika, dia melintasi satu kuil, dia nampak seorang sedang sembahyang dengan patung sembahan di hadapannya.
Kedengaran lelaki itu mengeluh kesusahannya, memohon dengan patung sembahan tersebut.
Lelaki itu terus di tegur oleh majnun dan bertanya, 'apa yang sedang kamu lakukan itu?'
'aku sedang sembahyang kepada tuhanku' jwb lelaki itu.
'apa yang kamu pohon?'
'aku harapkan kesukaranku menjadi senang'.
'oh, alangkah lemahnya kamu dalam beribadat kepada tuhanmu. Aku bukan 'abid, tetapi aku seorang perindu.
'aku tidak perlu melihat laila untuk mengingati laila, tetapi kamu perlu melihat patung untuk beribadat kepada tuhan.
Ujar Majnun lagi, 'aku tidak mengharapkan sesuatu pun dari laila untuk merindui laila, sedangkan kamu harapkan sesuatu untuk berabdi kepada Tuhan…

Dalam

Imej
Dalam pembiakan,dalam perjalanan. Melihat kamu berdua, Aku berasa Luas, Dalam tingkah penyesuaian, Seperti apa yang aku ada kini, Cukup bermakna! Bilamana aku bercampur dengan kamu berdua, Bilamana aku  mengajar semua, Dengan kamu berdua hidup aku sentiasa bagus, Inilah hidup bebas aku yang cukup Indah, Ini hidup kita, Di puncak hidup kita sendiri. Dan aku temui makna hidup; Mengapa aku berada di sini.....
Mad Duha.Arau, Malaysia. 25 Dis 2012.

Malaysian Durian

Imej
Oh Yeah.


Krabi

Imej
Lokasi Krabi terletak di wilayah selatan Thailand. Lautan Andaman di pesisir dengan mungkin sejarah yang tertua di negara Thailand. Selepas bertarikh peralatan batu purba, gambar berwarna, manik, tembikar dan rangka kekal ditemui di tebing gua dan banyak wilayah, ia difikirkan bahawa Krabi telah menjadi rumah kepada Homo Sapiens sejak tempoh 25,000 - 35,000 SM Pada ketika itu ia dipanggil 'Ban Thai Samor', dan merupakan salah satu daripada dua belas bandar-bandar yang di huni manusia. Pada masa itu, c. 1200 AD, Krabi adalah jajahan Kerajaan Ligor, sebuah bandar di pantai timur Segenting Kra yang lebih dikenali hari ini sebagai Nakhon Si Thammarat.

Pada permulaan tempoh Rattanakosin atau Bangkok dalam abad lewat kelapan belas,sebuah kampung yang dipagari gajah ditubuhkan di Krabi dengan perintah Chao Phraya Nakorn (Noi), Gabenor Nakhon Si Thammarat, yang maka sebahagian daripada Kerajaan Thai. Dia menghantar wazirnya, Palad Phra, untuk menyelia tugas ini,untuk memastikan bekalan…

Mengembara Lagi

Imej
Dan sekumpulan lelaki dewasa dengan semangat bebas mengembara lagi.
Titik jumpa mula sempadan Malaysia-Thailand. Wang Prachan.
Penulis bersama teman baru dari Kota ke Krabi.Tuan-tuan boleh  rujuk www.nscbikerzclan.blogspot.com. Ini post tertunggak..

MUHAMMAD UMAR AYDEEN

Imej
Aku berdiri di atas padang ini
Aku berdiri sendiri
Aku berdiri di atas padang tempur ini
Dikelilingi mati

Berseorangan aku
Berseorangan aku berjuang
Berseorangan aku berdiri
Aku adalah musuh pada diriku sendiri

Di sini aku berdiri hingga ke hari ini
Di sini aku berdiri sendiri
Musuh aku berjuang
Musuh aku berjuang sendiri

Di padang ini hidup kita Berdiri.

ANDAI PALESTINE TANAH TOK NEK KITA

Imej
Bumimu telah bertukar menjadi pasir yang berwarna merah; Di dalammu telah dikubur kanak-kanak entah berapa; Tidak berdosa, mentah dan masih dengan mainan;
Tetapi aku tahu hati kecil kamu telah bertukar menjadi lelaki; Begitu pantas sebelum sempat untuk dimula dengan pelancapan;
Dan hidup mereka penuh kekejaman!
Kamu budak kecil bermain dengan pasir;
Ditembak mati dari tepat ke dada di tanah  sendiri;

Harap yang lain bangun bila dengar jeritan ini!. 
Keamanan tidak lagi pada warna pelangi...
madduha arau malaysia 22 november 2012





FREE GAZA

Imej
-Gambar Ihsan dari Google oleh masyarakat peranchis.kami impikan untuk hasilkan imej ini di bumi Malaysia.
Israel mesti segera menghentikan pengeboman Gaza dan pembunuhan kejam rakyat Palestin yang tidak berdosa. Serangan yang berterusan kepada tanah air Palestin adalah pencabulan undang-undang antarabangsa dan merupakan perbuatan pembunuhan paling tidak boleh di terima akal rasional.

Walau kutukan dan kecaman dari masyarakat antarabangsa berdebin-deban namun pengeboman berterusan terus dilakukan. 

Semua batang tubuh yang cintakan keamanan mesti mengambil pendirian moral yang jelas mengenai isu ini dan tekanan kepada Israel untuk menghentikan tindakan kejam, tidak berperikemanusiaan dan menindas terhadap rakyat Gaza.

MADDUHA ARAU MALAYSIA
13 NOVEMBER 2012

Yang Baik Adalah Semalam

Imej
Kata Abdullah bin Umar: "Pada waktu petang jangan tunggu sampai hari pagi. Pada waktu pagi, jangan tunggu sampai hari petang. Semasa sihat, jangan tunggu sampai sakit, dan semasa masih hidup, jangan tunggu sampai sudah mati." Direkodkan oleh Bukhari.
Dari semua maklumat yang ada di atas, kita diajak memikirkan satu perkara penting. Perkara itu adalah: "NOW!" atau "SEKARANG". Apa saja yang kita buat, fikirkan apa akibatnya jika tiba-tiba mati muncul di depan mata!.
Nabi suruh kita jadi seperti pengembara. Seorang pengembara tidak membawa selain dari perkara yang diperlukannya sahaja. Jika terlalu banyak barang yang dibawa, ia amat menyusahkan perjalanan. Maknanya hidup ringkas dengan membuat apa yang benar-benar mendatangkan faedah saja dan tinggal selain dari itu.

Ulang Mula Dengan Gumbira

Imej
Saya 33 tahun hari ini.

Nasihat Lukman Al-Hakim Kepada Anaknya

1 – Wahai anakku, elakkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu akan menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.

2 – Wahai anakku, sekiranya ibubapa mu marah kepadamu kerana kesilapan yang telah kamu lakukan, maka kemarahan ibubapamu adalah seperti baja untuk menyuburkan tanam tanaman.

3 – Wahai anakku, jika kamu mahu mencari kawan sejati, maka ujilah dia terlebih dahulu dengan berpura pura membuatkan dia marah padamu. Sekiranya dalam kemarahan itu dia masih mahu menasihati dan menginsafkan kamu, maka bolehlah kamu mengambil dia sebagai kawan. Jika berlaku sebaliknya maka berwaspadalah kamu terhadapnya.

4 – Wahai anakku, bila kamu mempunyai teman karib, maka jadikanlah dirimu padanya sebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Sebaliknya biarkanlah dia yang mengharapkan sesuatu darimu.

5 – Wahai anakku, jagalah dirimu supaya tidak terlalu condong kepada dunia dan hatimu selalu disusahkan olah dunia saja kerana kamu diciptakan Allah b…

Ibnu Hasyim: Jalan Kaki Tunai Haji 314 Hari Dari Bosnia..

Imej
Ibnu Hasyim: Jalan Kaki Tunai Haji 314 Hari Dari Bosnia..:SARAJEVO - Seorang lelaki Islam Bosnia yang berjalan kaki untuk menunaikan ibadah haji di Mekah pada tahun lalu memberitahu agensi berita AFP bahawa dia tiba di kota suci tersebut selepas merentasi tujuh buah negara termasuk Syria yang kini dilanda perang saudara.

"Saya tiba di Mekah pada Sabtu lalu. Saya tidak letih, ini merupakan hari paling bahagia dalam hidup saya," kata Senad Hadzic menerusi satu temu bual telefon.

Lelaki berusia 47 tahun itu memberitahu, dia berjalan kaki sejauh 5,700 kilometer (km) selama 314 hari merentasi Bosnia, Serbia, Bulgaria, Turki, Syria dan Jordan untuk ke Mekah dengan membawa beg sandang seberat 20 kilogram.

Hadzic memaparkan perjalanan tersebut dalam akaun Facebook miliknya termasuk gambar dia memperoleh kad masuk dan keluar Syria yang dikeluarkan oleh kementerian dalam negeri kepada warga asing.

"Saya merentasi Syria pada April lalu. Saya berjalan sekitar 500km dalam tempoh 11 hari…

TAHNIAH KAWAN

Imej
DENGAN KEMENANGAN,KAMU TIDAK LAGI LELAKI BIASA DI KALANGAN KITA.




BASIKAL RM 61.17

Imej
MOSHAV AHITUV, Israel - Seorang pencipta Israel, Izhar Gafni mencipta sebuah basikal yang hampir keseluruhan badannya diperbuat daripada kadbod.Menurut Gafni, basikal itu dihasilkan selepas menjalani banyak ujian. Beliau yang berusia 50 tahun berkata, pengeluaran basikal itu akan bermula dalam tempoh beberapa bulan lagi dan akan dijual pada harga tidak lebih AS$20 (RM61.17).

"Semasa kami bermula (mencipta basikal tersebut) setahun setengah lalu, orang ramai ketawakan kami. Namun, kini kami menerima sebanyak 12 e-mel pada setiap hari untuk bertanyakan di mana mereka boleh membeli basikal itu," katanya.

Dia mencipta basikal itu di sebuah bengkel di sini. Gafni meramalkan bahawa pada masa depan, kadbod mungkin digunakan dalam pembuatan kereta dan pesawat. Kadbod dihasilkan daripada pulpa kayu yang dicipta pada abad ke-19. - Reuters
sumber;- lebai google.

Mom & Dad know best....

Imej

KEMULIAAN MEREPUT

Imej
Turunlah kejutan pertempuran;
Akan dibentangkan pada pasir tenggelam,
Bukan di atas batu hitam kekal. 
Memercik titisan halus merah;
Darah kan bertukar menjadi suatu kebanggaan!
 Abu di kaki,
Pada tubuh besar dan kuat;
Demi kebenaran dan penghormatan,
Berdiri teguh dan menderita lama.
Sang pemberani manakala si penakut terbang,
Membina tiang negara mendalam,
Demi mengangkat semangat ke langit.

SILAP JANTAN LAMBAT CABUT

Imej
Waktu saya kecik-kecik dahulu pernah saya dan kawan-kawan main 'kawen-kawen'. Saya teringat si Anu dan si Ani telah pernah menjadi isteri atau suami. Teringat juga kawan-kawan yang berlakon menjadi  anak-anak. Ini pemainan kanak-kanak ketika membesar kebiasaannya selepas musim menuai, sehingga membina pondok jerami di tengah padang dan bermain 'rumah-rumah'. Di zaman kanak-kanak kita tidak faham apa itu 'kawen-kawen' dan tidak mengerti apa makna 'anak-anak'. Kanak-kanak hanya meniru apa yang dapat  dilihat dihadapan mata.
Kita menjadi dewasa. Akhirnya ada yang berumah tangga. Beranak-pinak. Aman bahagia. Ada yang berkahwin, beranak-pinak kemudian bercerai. Ada yang terus membujang. Kedewasan kita membolehkan kita membuat pilihan. Tetapi sebelum main 'kawen-kawen' menjadi kahwin betul-betul, ada satu ruang  yang pada anggapan saya amat 'bahaya'.
Kalau roket Apollo hendak ke bulan, ianya wajib melintasi satu ruang yang dipanggil 'Ven Alle…

Hasutan yang melekat di jiwa.

Imej
Kuala Lumpur-Krabi-Kuala Lumpur. Perjalanan lebih 2000km dengan mesin beroda dua bertenaga petrol. Pihak kami mengiktiraf acara ini suatu sukan yang menuntut tahap pendayaupayaan ilmu alam yang tinggi.Perjalanan bermula pada 14 september dengan pemain utama bergerak dari Taman Equine,Serdang, Selangor. Kemudian memasuki pusat bandaraya Kuala Lumpur untuk bergabung dengan seorang lagi pemain di Kampung Baru.
Dari pusat bandar dua pemain ini meluncur ke Lebuhraya Utara Selatan dan seterusnya bergabung dengan pemain ke tiga di Ipoh,Perak yang menunggu di hentian rehat Gua Tempurung. Bermainlah ketiga mereka sejauh 350km sehingga ke Sempadan Malaysia Thailand dan memasuki Ban Dannok pada malam hari pukul 10 malam.
Pada 15 september seorang pemain lagi menyertai pasukan dan seterusnya menyelusuri jalan Thailand melalui Ratthapum-Pathalung-Trang, dan seterusnya tiba di Krabi pada pukul 0520 petang waktu Malaysia.
Krabi masih lagi seperti lapan belas purnama yang lalu iaitu pada kali terakhir s…

TOKSAH GEYBANG LEBIH,MULA DENGAN MEMBOIKOT!

Imej
MULA DENGAN BOIKOT COCA COLA,McDONALD,KFC. TOKSAH DUK GEYBANG NAK UBAH DUNIA APA BAGAI!.


SUMBER PELBAGAI :-GOOGLE.

APAKAH TUJUAN SEBENAR FILEM "INNOCENCE OF MUSLIMS" DI BUAT?

Imej
Samuel  P. Huntington menulis sebuah artikel berjudul 'The Clash of Civilisation' untuk majalah Foreign Affairs pada tahun 1993. Kemudiannya dia menjadikan isi tulisan ini ke sebuah buku dengan tajuk yang sama pada tahun 1996. Buku ini mengajukan teori bahawa permasalahan dunia hari ini ialah pertembungan budaya (clash of civilisations).

Globalisasi dengan keterbukaan dunia tanpa sempadan ini akan mempertemukan pelbagai budaya. Pertemuan budaya ini tidak melahirkan silatulrahim tetapi mengakibatkan pertembungan. Ajaran dan nilai agama Buddha akan bertembung dengan nilai dan ajaran penganut agama Majusi. Ajaran dan nilai penganut agama Islam akan bertembung dengan nilai dan ajaran penganut agama Kristian dan lain-lain. Inilah asas teori 'the clash of civilisation'. Setelah membaca buku The Clash of Civilisation, saya tidak begitu percaya kepada teori ini. Justeru saya tidak mendaftar diri untuk menjadi penganut mazhab ini. Tetapi apa yang berlaku pada minggu ini — seran…

SUKAN PARALIMPIK

Imej
Sukan Paralimpik adalah kejohanan yang kedua terbesar di dunia antarabangsa selepas Sukan Olimpik, ia melibatkan pelbagai acara sukan yang melibatkan atlet dengan pelbagai ketidakupayaan fizikal dan intelektual, termasuk masalah pergerakan, amputasi, buta, dan cerebral palsy.Semua Sukan Paralimpik ditadbir oleh Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC).
Paralimpik telah bermula pada tahun 1948 dari perhimpunan kecil askar Britain selepas Perang Dunia II, yang melibatkan askar-askar yang telah kehilangan anggota badan,  untuk menjadi salah satu peristiwa terbesar sukan antarabangsa menjelang awal abad ke-21.

Sukan Paralimpik yang dianjurkan selari dengan Sukan Olimpik , manakala IOC diiktiraf Khas Dunia Sukan Olimpik termasuk atlet kurang upaya intelek, dan Deaflympics termasuk atlet pekak. [1] [2]
Penjelasan rasmi untuk nama "Paralimpik" adalah bahawa ia berasal dari kata depan Yunani παρά, Pará ("sebelah" atau "bersama-sama") dan dengan itu merujuk kepada…

NEIL ARMSTRONG (5 AUGUST 1930 – 25 AUGUST 2012)

Imej
NEIL ARMSTRONG
KAMU CUMA!
BEBERAPA LANGKAH DI BULAN;
NAMUN!
MEMBERI MANFAAT;
KEPADA MANUSIA SEJAGAT.

;- madduha perlis,MALAYSIA.






SALAM SYAWAL 1433

Imej
"APABILA KAMU MEMBERI KEPADA ORANG, BERILAH SEHINGGA MEREKA KAYA". pesan SAYIDINA UMAR R.A.


ADA

Imej
Sementara ada ,sementara la. Ia kira-kira kita ada sebelum tiada.

Dewasa ini semua berjuang,

Semua berbunohan,Semua bersaingan.
Semua cuba untuk menjadi lebih besar;
Menjadi lebih kuat daripada sedia kita;
Mengerti kita ada!
Semua kita kan berakhir di tempat yang sama;
Di bawah rumput sana.


ULANG MULA SEBELUM LELAP

Taubat Nasuha
Firman Allah SWT dalam surah at-Tahrim ayat 8:Maksudnya:
“Hai orang yang beriman!
Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan Taubat Nasuha,
mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahanmu
dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai,
pada hari Allah tidak akan menghinakan Nabi dan orang yang beriman bersama-sama dengannya;
cahaya mereka, bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka;
mereka berkata:
Wahai Tuhan kami! Sempurnakanlah cahaya bagi kami dan ampunlah kami;
sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.”
Berdasarkan ayat tadi, taubat nasuha adalah taubat yang benar dan bersungguh-sungguh. Oleh itu bagi memastikan taubat itu adalah nasuha, maka beberapa syarat hendaklah dipatuhi iaitu:

Satu: Meninggalkan terus segala perkara maksiat sama ada kecil atau besar.

Dua: Menyesal atas segala dosa yang lalu.

Tiga: Bertekad untuk tidak mengulangi semula dosa-dosa tersebut.

Ketiga-tiga syarat tad…