Selasa, 26 Julai 2011

TIDAK DIBUNUH DAN BUKAN BUNUH DIRI

jatuh bangunan ketika disiasat

PENEMBAK SEBENAR AMINURASHID TAK DAPAT DIKENAL PASTI – Utusan Mesia

Mahkamah Sesyen di sini diberitahu bahawa individu yang menyebabkan kematian remaja lelaki berumur 15 tahun, Aminulrasyid Amzah pada April tahun lepas, gagal dikenal pasti kerana terdapat dua anggota polis yang melepaskan tembakan pada hari kejadian.Pakar forensik, Amidon Anan yang merupakan bekas Ketua Unit Siasatan Forensik (CSI) Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkata, Jabatan Kimia juga gagal mengenal pasti senjata yang digunakan untuk menembak mangsa.“Perkara ini disahkan sendiri oleh Jabatan Kimia yang membuat analisis ke atas dua senjata api yang menyatakan anak peluru itu tidak dapat digandingkan dari mana-mana senjata tersebut."Saya berpendapat apabila pemprosesan GSR (sisa tembakan) tidak dilakukan semasa di tempat kejadian, ia merupakan salah satu aspek yang telah menggagalkan siasatan CSI.“Dalam kes ini, Mazli (Cif Ins Mazli Jusoh @ Che Kob yang mengetuai pasukan forensik) juga jelas tidak ikut SOP (prosedur operasi standard) kerana jika ikut SOP, saya percaya anak peluru dalam kepala (mangsa) dapat diganding dengan mana-mana senjata yang telah dikemuka pada pihak Jabatan Kimia dan akan menghasilkan keputusan yang sempurna,” katanya pada perbicaraan Koperal Jenain Subi hari ini.Jenain, 48, diperintah membela diri atas pertuduhan menyebabkan kematian Aminulrasyid antara 1.10 pagi dan 2 pagi, di Jalan Tarian 11/2 di sini, pada 26 April 2010. Bernama

Tiada ulasan:

Awak Terlalu Baik Untuk Saya

Dalam gambar ini, okay kita kenal Ricardo Kaka, pemenang Balon d’Or sebelum era dominasi Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo. Perempuan sebel...