Rabu, 4 Mei 2011

SALUT KEPADA CONMAN YANG BERJAYA MENJUAL JAMBATAN PULAU PINANG

Skandal PKFZ

Pada 29 Julai 2010, Tun Dr Ling Liong Sik (67) didakwa di Mahkamah Sesyen Putrajaya berhubung dua tuduhan pecah amanah berkaitan Skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).Beliau adalah Presiden MCA kedua dihadapkan ke mahkamah selepas Tan Koon Swan. Skandal ini menyebabkan kerajaan / PKFZ kerugian berbilion ringgit.
Beliau dituduh menipu / memperdaya Jemaah Menteri Malaysia pada 25 September 2002 dan 6 November 2002 agar setuju membeli tanah di Pulau Indah untuk projek Mega Distribution Hub di Pelabuhan Kelang. Penipuan itu dilakukan di bilik mesyuarat, Tingkat 4, Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra ,Putrajaya. Banyak fakta disembunyikan daripada Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta, Kementerian Kewangan ke atas tanah yang dicadangkan itu.
Tanah itu seluas 43,538,200 kaki persegi . Harganya RM25 satu kaki persegi (skp) dan jumlah keseluruhan menjadikan RM1,088,456,000. Tempoh bayaran 15 tahun dengan kadar faedah sebanyak 7.5 peratus setahun (berjumlah RM720,014,600). Kos ini melambung kepada RM4.6 bilion dan seterusnya RM12 bilion.[2]
Tuduhan mengikut Seksyen 418 Kanun Keseksaan. Jika terbukti nanti bersalah, beliau boleh dipenjara sehingga 7 tahun dengan denda atau kedua-duanya sekali. Tuduhan alternatif ialah Seksyen 417, Kanun Keseksaan. Pendakwaan dilakukan sendiri oleh Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, dibantu oleh Ketua Bahagian Pendakwaan, Jabatan Peguam Negara, Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah; Ketua Unit Pelucuthakan Harta, Bahagian Pendakwaan, Dzulkifli Ahmad; dan Timbalan Pendakwa Raya, Manoj Kurup. Peguam Datuk R. R. Sethu mewakili Ling Liong Sik.
Setakat ini, Ling Leong Sik mengaku tidak bersalah dan ikat jamin ditetapkan pada RM1 juta. Hakim, Suzana Hussin mahukan tarikh 3 September 2010 sebagai tarikh sebutan kes. Ling dibebaskan dengan jaminan polis dan membayar wang ikat jaminnya di Mahkamah Sesyen pada 30 Julai 2010.[3]
Setakat ini 5 inividu telah didakwa berhubung Skandal PKFZ. Iaitu bekas Pengurus Besar Lembaga Pelabuhan Klang (LPK), Datin Paduka Oi Choo Phang. Kemudian Ketua Pegawai Operasi Kuala Dimensi Sdn. Bhd. (KDSB), Stephen Abok, 51; Seng Swee, 48, dari syarikat perunding BTA Architect serta bekas pengurus projek syarikat kontraktor pembangunan PKFZ, Law Jenn Dong, 51.[4]

Digantung gelaran datuk

Ling dikurniakan keahlian darjah kebesaran Dato' Paduka Mahkota Selangor (DPMS) yang membawa gelaran Datuk pada tahun 1992. Pada 1 September 2010, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menggantung gelaran dan penggunaan darjah kebesaran kepada beliau dan OC Phang setelah berunding dengan Dewan di-Raja Selangor yang bersidang pada 19 Ogos 2010, juga setelah mempertimbangkan bahawa kesalahan-kesalahan yang dipertuduhkan ke atas kedua-dua mereka ini adalah kesalahan serius yang melibatkan kepentingan rakyat dan negara.[5]

SUMBER; WIKIPEDIA-LING LIONG SIK



Tiada ulasan:

Jack Ma

Jack Ma pernah berkata, "Apabila Menjual Produk kepada kawan rapat & keluarga, tidak kira betapa murahnya harga yg anda jual, merek...