Khamis, 17 Februari 2011

SISIPAN SINAR HARIAN 17 FEBRUARI 2011




























Kangar - Perlis Mountain Bike Challenge 2011 Round # 2- Piala Dato’ Seri Shahidan Kassim,melabuhkan tirai pada ahad lalu 6 Februari 2011. Pertandingan ini menyaksikan peningkatan dari segi penyertaan dan tahap motivasi pelumba mengharungi perlumbaan berbanding pertandingan pertama pada 2 Januari 2011
(carian google internet Perlis MTB Challenge 2011 round # 1) . Untuk pertandingan kali ini menyaksikan penampilan pelumba seramai 120 orang yang turut melibatkan pelumba dari negara jiran kita iaitu Thailand.

Pertandingan kali ini masih mengekalkan format Endurance iaitu pelumba dikehendaki melengkapkan kayuhan selama 3 jam yang melibatkan jarak 5.3 KM sepusingan dan puncak bukit tertinggi ialah 262M dari aras laut. Dua kategori dipertandingkan iaitu kategori OPEN(terbuka) dan MASTER(40 tahun dan ke atas). Kategori OPEN dimenangi oleh Amirol Amirsyam Alif (Team Mercury), tempat ke-2 Mohd Soffhi B. Mohamed (Team Thaaji Fadhilat Herb), tempat ke-3 Azairie B. Ishak (Team Thaaji Fadhilat Herbs). Untuk kategori MASTER dimenangi oleh Zulkifli b Khir berusia 42 tahun (TRM Cycling), tempat ke-2 Mr. Pathom 53 tahun (Songkhla, Thailand), dan tempat ke-3 Wan Shahidan B. Yahaya 52 tahun (TRM Cycling).

Rasional pertandingan lumba basikal bukit ini diadakan adalah untuk pembangunan sukan serta mewujudkan komuniti yang bermotivasi dan keakraban sillaturrahim, namun secara tidak langsung membantu sektor pelancongan negara kita dan negeri Perlis amnya.

Tahniah kepada pihak penganjur, dan penaja iaitu Yayasan Pok & Kassim, Thaaji Fadhilat Herbs, Shah Kitchen’s Kangar, Rock n Roll Trade, dan Shahril Jeans Kangar.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada petugas yang bertungkus lumus dari Klinik Kesihatan Kuala Perlis, Pembantu Perubatan dan Ambulans, dan ahli Kelab Sukan dan Rekreasi Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perlis.
Untuk Program seterusnya ialah pada 5 Mac 2011(Sabtu), akan di adakan di lokasi lain pula iaitu di Bukit Bintang, Jalan Bukit Ayer, Sg. Batu Pahat,Bintong 01000 Kangar Perlis.

Untuk maklumat lanjut layari laman sesawang www.malayregime.blogspot.com
http://www.facebook.com/home.php#!/event.php?eid=172677916078139
atau hubungi Muhamad Aduha- 0123060911, Hairul Anuar-0124059583.





Tiada ulasan:

Jack Ma

Jack Ma pernah berkata, "Apabila Menjual Produk kepada kawan rapat & keluarga, tidak kira betapa murahnya harga yg anda jual, merek...