Ahad, 31 Januari 2010

AKU DAH KENA

TREK SUKMA KEDAH 2006. 2.3KM 390M TINGGI
secara mata kasar dan menggunakan akal yang logik aku takkan DH trek ni. aduih bak kata Lont 'Highly technical gnarly rock garden'. pada Lont takdak masalah sebab dia naik purely DH Bike tp aku dgn XC bike 4 inch front and Rear Shock Coil juga 4 inch mengagahi juga. Aku tabik pada Nasir Alor Setar(rujuk post sebelum ni pemain ekor keras tahap gaban) sbb gagah turun dengan HT Santa Cruz Chameleon dia, sebab malu kat dia yang aku turuti melepaskan brek kiri kanan. hasilnya pergh jantung degup kencang,mata berpinau. boleh tak boleh..lepas tak lepas. akhirnya aku sampai ke kaki bukit jua. Dan aku dah terkena aduih DH oh DH.credit kepada Encik Adiharriman untuk Gambar di bawah.http://adiharriman.com/blog dan Lont.























































































Khamis, 28 Januari 2010

MEMBUAT KEPUTUSAN





Berkira-kira untuk menukar menjadi Penurun Bukit sebenar. Ekoran dari siasatan yang dijalankan perlu menaik taraf terus ke 7 hingga 8 inchi ayunan penuh untuk lebih kelembutan dan kecekapan penurunan, tetapi juga terdapat penurun Ekor Keras yang bermain Turun Bukit tahap Gaban(rujuk geng basikal jalan dari Alor Setar,Kedah).

Selasa, 26 Januari 2010

MENGECAM PERBUATAN DUNGU KE ATAS SURAU DI MUAR

























Kejadian pengkhianatan 2 buah surau di Muar, Surau Sillaturrahim dan Surau Parit Beting amat dikesali oleh Pihak Pertubuhan Khairat Kematian Kampung Katong, Perlis. Kejadian itu dilakukan oleh mereka yang DUNGU dan SEWEL. Setiap dari kita ke Surau untuk beribadat begitu juga orang bukan islam ke rumah ibadat masing-masing untuk beribadat, mereka yang bertindak sedemikian dengan mengkhianati rumah ibadat sudah menjadi tidak normal, mereka ini wajib di hukum dengan sekeras-kerasnya. Pihak kami mengingatkan agar mereka yang melakukan provokasi jahat tersebut untuk menghentikan perbuatan DUNGU dan SEWEL tersebut. Namun kami percaya semua rakyat Malaysia masih mempertahankan keamanan hidup semua kaum dan bangsa.

Khamis, 21 Januari 2010

POPULAR FRONT FOR THE LIBERATION OF PALESTINE

(tolong tanya lebai Google-Wkipedia) http://www.pflp.ps/
Bekas pemimpin Popular Front For The Liberation Of Palestine (PFLP) akan datang ke Kuala Lumpur,Kamarade Salah Al-Salah.
Satu Forum/Perbincangan terbuka sedang dirancang.
PFLP adalah gerakan revolusi Palestine yang berhaluan kiri.
PFLP tidak menyokong Perjanjian OSLO (rujuk lebai Google).
PFLP tidak membuat apa-apa perjanjian dengan Israel.
PFLP meneruskan perjuangan membebaskan PALESTINE.
-sila rujuk berita untuk perkembangan selanjutnya.

Isnin, 18 Januari 2010

MEMBURU MUSANG PUTIH DI HADYAI

16 januari 2009.
Memburu musang putih di Hadyai.bersama 6 askar gerek gunung.
kami memasuki Thailand melalui pintu Bukit Kayu Hitam.
selepas melepasi pagar Thailand (Pekan Danok) kami menggunakan perkhidmatan Van(RM 7 sehala@ 55THB. Untuk yang ingin ke Hadyai adalah disyorkan menggunakan perkhidmatan ini berbanding menggunakan kereta sewa yang jauh sedikit mahal( RM80-RM150). Perkhidmatan Van seperti yang disebutkan boleh didapati di hadapan 7 ELEVEN. Untuk memudahkan lagi perjalanan, terus katakan kepada kaunter mahu ke "Pan Cakayan Shop". pasti tidak akan menghampakan. Untuk urusan di Hadyai anda dinasihatkan untuk menggunakan Thailand Baht kerana lebih mudah, contohnya untuk menaiki TUT TUT dan sebagainya. untuk satu perjalanan TUT TUT di pekan Hadyai adalah sebanyak 20THB.
Untuk perjalanan pulang katakan kepada pemandu TUT TUT "Pai Van P Border".
pada perjalanan kali ini kadar tukaran adalah 10000THB=RM1031.00.
dibawah ini di sertakan sedikit halwa mata untuk rujukan tuan-tuan dan puan-puan.































































































































Rabu, 13 Januari 2010

14KM DOWN HILL

Gunung Jerai merupakan 'Puncak Kedah', kepada mountain biker di sebelah Utara Semenanjung Malaysia yang tercinta ini. Gunung Jerai merupakan puncak yang harus ditakluki setinggi 1217Meter/3992Kaki dari paras laut.
Ada yang mengaitkan dengan mitos 'Raja Bersiong' yang dikatakan membuka penempatan di kaki gunung ini.sila rujuk wikipedia/gunung jerai.
Gunung jerai menawarkan aktiviti merentas gunung yang unik untuk pengemar aktiviti lasak dan pencinta alam semula jadi.



















En. Nasirudin dari Gurun.

















Baru menjejaki Puncak Gunung Jerai dan bertemu dengan MTBer dari Guar Cempedak yang terlebih dahulu menakluki tarmac.

































































































































































Padang Tok Sheikh













































































































































































Di puncak ada makcik yang berniaga warung, menghadiahkan diri semangkuk mee maggi kari dan minuman isotonik setelah sepagi memanjat gunung.











Asia Road Racing 2024

Jentera 1000cc kini mengganas di Asia Road Racing Championship. Ketika sesi latihan pada hari Jumaat, Ducati mendahului carta kelajuan maksi...