Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2010

GARISTEKI

Imej
Maaf, setiap orang berbeza dalam memandang hidup ini dan berbeza caranya dalam menempuh hidup ini. Peta masa depan itu terus terang saja berangkat dari semangat spiritual ayat suci Al-Qur’an yang saya yakini. Dalam surat Ar Ra’ad ayat sebelas Allah berfirman, Sesungguhnya Allah tidak akan merubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah nasibnya. Jadi nasib saya, masa depan saya, mau jadi apa saya, sayalah yang menentukan. Sukses dan gagalnya saya, sayalah yang menciptakan. Saya sendirilah yang mengaristeki apa yang akan saya raih dalam hidup ini.












Bukit Pinang ke Arau suatu perjalanan pendek.

Imej

CINTA

Beliau meminta agar cintanya kepada Allah melebihi cintanya pada air yang dingin, yang sangat dicintai, disukai, dan diingini oleh siapa saja yang kehausan di musim panas. Di daerah yang beriklim panas, cinta pada air yang sejuk dingin dirasakan oleh siapa saja, oleh semua manusia. Jika cinta kepada Allah telah melebihi cintanya seseorang yang sekarat kehausan di tengah sahara pada air dingin, maka itu adalah cinta yang luar biasa. Sama saja dengan melebihi cinta pada nyawa sendiri.

AYAT AYAT CINTA—Habiburrahman Saerozi




SAG MESSENGER BAG

Imej
Terima Kasih Isteri.


























SOLO RIDING ROUTE

Imej
0500am-From Home Town Kg.Katong,Perlis 0700am-Alor Setar,Kedah 1000am-Guar Cempedak,Kedah 1200pm-Sungai Petani,Kedah 1318pm-Telok Air Tawar(a good rest),Penang 0430pm-Butterworth,Penang 1726pm-Arriving Home -USM,Penang

SOLO BIKEPACKER ARAU TO PENANG

Imej
Seawal 5 pagi aku bergerak dari Rumah untuk kayuhan mental bertekanan tinggi.

7 pagi aku menjejaki Alor Setar.
Sarapan di Simpang Ampat Kankung, Alor Setar.



Lebih kurang 10 pagi aku menjejaki Gunung Jerai,dan suhu semakin naik, temperature badan aku masih stabil ketika ini.


Kala ni aku dah semakin mental, faktor persekitaran yang panas membuatkan ketika kayuhan aku dapat membayangkan bahagian dalam tubuh badan aku,dari kaki,aku nampak darah,urat-urat, tulang-tulang yang bergerak, kemudian, aku rasa udara yang aku sedut masuk ke paru-paru dan bercampur dengan darah,kemudian paru-paru aku megepam ke seluruh badan termasuk ke setiap bahagian otak,menyesal pun ada kala nih.apa la yang buat aku nak kayuh sorang-sorang tengah rembang ni,nak patah balik pun jauh nak ke depan pun jauh lagi.


*Pukul 1318 pm aku berikhtikaf di Masjid Seberang Perai Utara,hingga pukul 1540 pm









Menjejaki jeti Butterworth. Alhamdulillah. 1630pm











































































memotivasi diri bahawa aku kembali stabil setelah perjalanan yang panja…

MEMAGAR KAMPUNG

Imej

Doa Tidur Nabi Muhammad S.A.W

Bismillahhirrahmanirrahim..
Wahai Tuhanku, sesungguhnya sebelum aku tidur , aku serahkan jiwa ragaku serta segala urusanku kepada-Mu. Aku mohon perlindungan dan penjagaan-Mu ketika aku terlena tidur, sebagaimana engkau mengawal diriku sewaktu jagaku. Aku serahkan diriku kerana aku amat memerlukan pertolongan-Mu dan aku takut hanya kepada-Mu.

BENDERA ISRAEL BERKIBAR DI PELABUHAN KELANG

Bendera Israel berkibar di Malaysia? — Zaini Hassan
Sumber dari Utusan Malaysia.
Zim Israel Navigation Company ialah syarikat perkapalan milik Israel. Statusnya lebih kurang macam MISC, syarikat perkapalan nasional kita.
Maklumat mengenai syarikat perkapalan Zim boleh dilayari melalui www.zim.co.il. Di bawah tajuk sejarah, ditulis: Bermula dengan permulaan bersejarah pada 1945 sebagai kapal pengangkut imigran (kaum pendatang) dari wilayah berperang Eropah ke negara harapan bernama Israel, ZIM kini menjadi salah sebuah syarikat perkapalan terbesar yang beroperasi di seluruh dunia. (From historic beginnings in 1945 as a carrier of immigrants from war-torn Europe to the nascent state of Israel, ZIM has become one of the world’s largest shipping companies with operations throughout the world.)
Kelmarin (7 Jun kapalnya bernama Zim Genova) berlabuh di Pelabuhan Klang membawa kargo-kargo yang besar.
Secara puratanya kapal itu panjangnya kira-kira 253 meter, lebar 32 meter dan boleh membawa mu…

Rahsia

Di dunia ini memang banyak sekali rahsia Tuhan yang tidak bisa dimengerti oleh manusia lemah seperti diriku
Masalah hidayah dan iman adalah masalah misterius. Sebab hanya Allah saja yang berhak menentukan siapa-siapa yang patut diberi hidayah. Abu Thalib adalah Bapa Saudara nabi yang mati-matian membela dakwah nabi. Cinta nabi pada beliau sama dengan cinta nabi pada ayah kandungnya sendiri.
Tapi masalah hidayah hanya Allah yang berhak menentukan. Hanya Allah yang berhak memberikannya.

KEIZINAN ALLAH KEPADA KAUM MUSLIMIN UNTUK MENGANGKAT SENJATA

KEIZINAN ALLAH KEPADA KAUM MUSLIMIN UNTUK MENGANGKAT SENJATA
Di dalam suasana yang amat genting di mana kayan umat Islam sedang diancam, pihak
Quraisy masih tidak mahu sedar dari kesesatannya, malah bila-bila masa sahaja mereka akan
menyerang, di saat ini Allah telah menurunkan keizinanNya kepada kaum muslimin untuk
berperang, tetapi tidak mewajibkannya, dengan firmanNya:
Telah diizinkan (berperang) bagi orang-orang yang diperangi, kerana sesungguhnya mereka
telah dianiayai. Dan sesungguhnya Allah benar-benar Maha Berkuasa menolong mereka itu.
(al-Hajj: 39)
Seterusnya dengan kebenaran tadi Allah menurunkan ayatnya sebagai panduan di dalam
mempertingkatkan kebenaran. Diizinkan bagi orang-orang yang diperangi, kerana
sesungguhnya, mereka telah dianiayai, dan sesungguhnya Allah Amat Berkuasa untuk
menolong mereka tadi, kebenaran bertujuan menolak kebatilan disamping menegakkan syiarsyiar
Allah dengan firmanNya:
"Mereka yang jika Kami berikan kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan

JAHANNAM ZIONIS ISRAEL

Imej
Pertubuhan Khairat Kematian Kampung Katong mengutuk tindakan ganas ketenteraan yang diambil oleh Regim Zionis Israel terhadap rombongan bantuan keperluan harian dan ubat-ubatan yang dibawa menerusi kapal kepada penduduk Semenanjung Gaza sehingga menyebabkan kematian kepada beberapa anggota konvoi berkenaan. Rombongan itu juga turut dianggotai oleh ratusan wartawan, aktivis keamanan dan ahli parlimen dari berbagai negara, termasuklah sebilangan rakyat dari Malaysia sendiri.

Pihak pertubuhan sentiasa menegaskan bahawa inilah wajah sebenar Regim Zionis Israel yang sememangnya sedikit pun tidak menghiraukan kutukan masyarakat antarabangsa, termasuklah kecaman keras dari Kesatuan Eropah (EU) dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sendiri. Selain dari itu, timbunan puluhan resolusi yang dibawa ke meja antarabangsa juga gagal menghalang Regim Zionis Israel dari terus bertindak kejam dengan berleluasa.

Pihak pertubuhan dengan ini menggesa Kerajaan Malaysia untuk mengambil tindakan proakt…