Jumaat, 23 April 2010

CUBA JADI LAGI BAGUS


MEMBACA NAHU TANDA DAN MAKNA MELALUI SEMIOTIK

Semiotik ialah ilmu memahami tanda dan makna. Setiap objek dan imej dalam dunia ini memiliki rupa dan bentuk - isi dan bingkai. Semiotik ialah ilmu yang khusus untuk kita memahami imej melalui tanda dan makna.

Tanda tanda dalam imej adalah bahasa dan nahu yang memiliki makna. Filem yang kita tonton itu juga adalah tanda yang memiliki bahasa yang wajib dibaca melalui nahu filem. Gambar sama seperti filem hanya ianya tidak bergerak tetapi memiliki nahu. Justeru - semua imej dalam dunia ini memiliki nahu yang menyimpan makna untuk dibaca. Terpulang lah kepada diri kita sendiri sama ada bijak atau bebal untuk membaca nahu imej itu.

Justeru Batu Hitam di Mekah memiliki tanda dan makna untuk orang Islam. Nahu dari imej Batu Hitam ini ialah kesuciaan. Patong Shiva pula memberi tanda dan makna kesucian kepada orang Hindu. Ayers Rock di Australia dianggap suci oleh Orang Asal di sana. Gitar Fender yang tersangkut di musium Elvis di Memphis memiliki tanda dan makna kepada rockers seluruh dunia.

Apabila kita melihat satu objek atau imej - objek atau imej ini akan menghantar signal untuk kita pecahkan agar kita dapat memahami apakah makna signal ini. Dalam ilmu semiotik proses ini di panggil signifier dan signified - tanda dan makna.

DIUBAHSUAI DARI T.T

Tiada ulasan:

Jack Ma

Jack Ma pernah berkata, "Apabila Menjual Produk kepada kawan rapat & keluarga, tidak kira betapa murahnya harga yg anda jual, merek...