Selasa, 10 November 2009

AMAZING RACE VIETNAME

Perjalanan ke luar negeri yang paling jauh, Ho Chi Minh atau Saigon yang terletak di selatan Vietnam. Terdapat populasi seramai 9 juta penduduk. 5 juta buah motosikal dan lebih kurang 400ribu kenderaan 4 roda.

Akibat dari perang Vietnam-Amerika pada 1945-1975 seramai lebih 5 juta penduduk Vietnam menjadi OKU( Orang Kurang Upaya ) disebabkan oleh terkena peluru,bom, jerangkap samar dan senjata biologi yang di lepaskan oleh Amerika.

Askar Vietnam yang terbahagi kepada 2 iaitu Northern (dikenali sebagai Northern Guerilla atau Vietchong) dan Southern (dikenali sebagai Southern Guerilla yang dipimpin oleh general Ho Chi Minh) telah berjaya menghalau Amerika keluar dari bumi Vietnam,ini merupakan penyebab utama aku mengambil keputusan untuk menjejaki bumi ini.

Banyak penyebab yang membawa kepada kekalahan yang memalukan kepada Amerika, selain dari senjata sulit iaitu Black Rose( wanita pembawa virus penyakit kelamin kepada asakar Amerika) terowong Cu Chi juga memainkan peranan di mana merupakan tempat persembunyian sejauh lebih 200KM dan terbahagi kepada 3 tingkat, tingkat pertama sedalam 3Meter-4Meter, tingkat 2 sedalam 6Meter-7Meter, dan tingkat 3 sedalam hingga 12Meter.

Seterusnya Askar Vietnam amat kreatif mereka mengubahsuai kembali bom-bom yang digugurkan tetapi tidak meletup untuk dijadikan peluru mortar,dan peluru senapang. Ini membuatkan peluru mereka mencukupi untuk melawan Askar Amerika.
disini aku berkongsi sedikit apa yang aku dapat sepanjang di Ho Chi Minh atau lebih dikenali sebagai Saigon. dari 1 November hingga 4 November 2009.

Kadar tukaran wang rm220=1juta dong











masa aku di sini berlangsung Asian Indoor Games 3rd 2009







dari Airport ke Bandar aku mengunakan perkhidmatan bas henti2 dengan kos sebanyak 3000 dong atau 7 kupang bas no 152. bas ni ada di hujung terminal aku nasihatkan kepada yang nak pi naik la bas nih amat murah kalau di bandingkan nak naik kereta sewa atau teksi 125000 dong
















permandangan biasa tepi jalan orang meniaga makanan













aku di Handicap Handicraft. lebih 1ribu orang OKU yang bekerja di sini.kalau aku ada kuasa aku akan setup macam ni di negeri kita.
kebanyakan pekerja terdiri dari OKU akibat terkena Bom, Peluru, dan kesan radioaktif.






produk depa amat cantik,kagum aku..
















kakak ni aku rasa mungkin akibat kesan senjata biologi Amerika



























Jaga. pun OKU.



































































Ni aku di Cu Chi Tunnel

Booby Trap. nih perangkap harimau juga merupakan mimpi ngeri kepada askar Amerika








































Lubang Tikus atau Rat Tunnel












ada berani?







































yang ni pintu masuk besaq sikit.dulu dia camoeflage, la dia buat bumbung nak elak ayaq masuk kut.















ni sebiji ja kereta kebal Amerika aku jumpa dan dah rosak kena bom oleh askar Vietnam, yang lain dah masuk kedai scrap aku rasa.hehe












boleh menembak dengan sedikit bayaran.



























lubang kawah kesan Bom B52














































































































mesjid Nur Iman, Du Dong Street. nak pi senang ja sebab dia di belakang Hotel Sheraton. ada restoran muslim jalan pusing pi belah belakang dalam kawasan mesjid juga. harga dia pun murah nak di banding dengan restoran Halal Saigon hat yang depan seberang mesjid.














ada banyak kedai galeri seni di Ho Chi Minh.

































opps!!sori nih surat khabar keluaran terbaru di Ho Chi Minh.



Tiada ulasan:

Jack Ma

Jack Ma pernah berkata, "Apabila Menjual Produk kepada kawan rapat & keluarga, tidak kira betapa murahnya harga yg anda jual, merek...